KISAH BENAR: Bangkit Selepas Jatuh Seorang Usahawan Wanita


Pernah dengar mengenai kedai online Tuffa Tuffa? Ia adalah sebuah butik fesyen online yang menyediakan pakaian wanita muslimah. Berita baik! Hari ini, owner Tuffa Tuffa dgn rela hati nak share pengalaman jatuh bangun bisnes beliau. KHAS UNTUK ANDA kisah bangkit selepas jatuh seorang usahawan wanita.

11130239_823623424358028_2413630916356953096_n

“Assalamualaikum, saya Farhana Binti Baharuddin, berusia 30 tahun. Berasal dari Segamat, Johor. Saya merupakan Pengarah Urusan Hajabenka Marketing Sdn Bhd dan Pengasas kepada jenama TUFFA TUFFA. Kami mengeluarkan pakaian sedondon untuk si teruna dan si dara.

10724758_888614254535808_385966621_n

Alhamdulillah, trend “Couple Set” kini mendapat sambutan hangat di pasaran.

Dahulunya, saya bekerja di salah sebuah company tudung ternama di Malaysia dan menjual baju sebagai pendapatan sampingan. Alhamdulillah, tolak tambah pendapatan bulanan daripada kerja dan berniaga kecil-kecilan mencecah RM7000.

Masa tu dikira lumayan jugalah.. kemudian, saya diberi ujian dari Allah S.W.T iaitu Slip Disk dan saya terpaksa berhenti kerja.

Hal ini secara tidak langsung telah hilang semua pendapatan serta duit simpanan yg ada habis dibelanjakan utk biayai kos perubatan. Dengan kos sara hidup yg tinggi serta suami seorang sahaja yang kerja memang tak cukup. Saya jadi bingung disebabkan hutang keliling pinggang serta disenarai hitam.

Sebelum saya serius menjual di FB, saya aktif menulis artikel dan menjual di blog. Bisnes pertama saya ialah menjual produk kesihatan. Pada masa tu produk kesihatan tgh hot di pasaran dan menjadi trending pembeli. Setiap hari, saya akan menulis artikel di blog utk naikkan ranking SEO. Itu kira rajin la kan tetapi pendapatan saya hanya RM80 sebulan.

Saya mula terjebak dgn platform di FB, sejak menghadirkan diri ke program ‘mentoring’ SifuFbads pada April 2013.

SifuFbads

Sebulan berlalu, perubahan sgt ketara. Saya fokus menjual di FB, dah kurang menulis artikel di blog. Alhamdulillah, berkat ilmu yang sifu ajar, pendapatan saya melonjak 10x ganda. Drpd RM80 sebulan kpd RM8000. Sehingga 4 hingga 5 bulan pendapatan saya meningkat 5 angka.

Tetapi sampai satu tahap, terlalu ramai menjual produk kesihatan ini dan persaingan yg tinggi menjadikan pasaran semakin tepu. Income makin menurun.. give up kejap. Tak boleh putus asa, perjuangan mesti diteruskan.

Tukar produk lain!

Kali ni jual produk kesihatan wanita. Saya cuba dgn dropship sahaja. Margin sekotak RM50. Kira besar jugaklah. Masalah lain pulak datang. Stok barang selalu putus. 2 bulan saya takda sales. Next, cari produk lain lagi. Produk ketiga saya adalah Spek Terapi Rabun. Fokus saya hanya utk orang rabun dan customer saya 90% adalah lelaki. Niche baru bagi saya dan ilmu produk baru yg saya belajar. Pun masalah yg sama juga, bekalan stok selalu terputus.

pinhole_glasses

Last Produk

Pakaian wanita. Niche produk dah lain. Tak sama dgn sebelum ni. So, kene study lebih skit utk pattern jual baju. Masa ni nak raya, memang tgh cari duit raya sangat. Saya masih lagi menjual produk orang. Buka page baru. Tengah seronok menjual, stok baju dah habis. Bayangkan kalau stok ada.. bulan tu mungkin sales boleh cecak RM150K.

Dua tahun menjual produk orang, mcm2 pengalaman yg saya dpt tapi 1 masalah yg sama – stok putus. Jadi, saya nekad utk keluarkan brand sendiri dgn sedikit modal yg terkumpul dari jualan raya yg lepas.. dgn skit pengalaman di tempat kerja lama dlm bidang fashion. Ianya byk membantu dlm mengeluarkan production sendiri.

Bisnes tak semudah yang di sangka, memang tak mampu nak handle sorang. Jalan itu Allah S.W.T permudahkan.. ditemukan partner di kelas yang sama. Mencari partner bukan kerana kebaikannya tetapi carilah partner yg boleh memberi sumbangan kpd bisnes kita.

Bulan pertama, kami hanya mampu keluarkan 100 helai jubah sahaja. Bulan ke-2 dah start huru-hara. Up skit stok. Follower dah makin ramai. Masuk bulan ke 6, bisness makin huru hara. Kali ni permintaan luar kawalan.

Walaupun production dah cecah 1000 HELAI SEBULAN, masih tak cukup! Tak kurang 60-80 parcel sehari. Tak kira hari gaji atau biasa. Saya hanya mengunakan 1 teknik je dah huru hara, bayangkan kalau saya guna semua teknik yang sifu ajar?

Bagi yang berminat untuk mengikuti fesyen-fesyen menarik yang ditawarkan oleh kedai online ini bolehlah mengikutinya di laman instagram: Tuffa Tuffa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat