Untung Tau Tinggal Di Malaysia ! Ini 5 Negara Yang Paling Lama Berpuasa Di Dunia Yang Anda Pasti Tak Sangka
Ibadah puasa pada bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia saban tahun. Bagi melengkapkan rukun islam ketiga ini, setiap umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Ramadhan sememangnya adalah bulan yang istimewa di mana Allah menjanjikan pengampunan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda bagi hamba yang mencari keredhaan-Nya.
Ia juga merupakan bulan yang mencabar kerana umat Islam diduga dengan lapar dan dahaga di samping mengelakkan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa.
Di Malaysia, biasanya kita berpuasa selama kira-kira 13 jam sehari, itu pun sudah cukup memenatkan. Namun, tahukah anda ada negara lain yang berpuasa hampir sehari
Nak tahu negara mana yang berpuasa paling lama di dunia ? Jom kita semak negara-negara yang laksanakan ibadah puasa dalam tempoh yang sangat panjang.
5 Negara Yang Paling Lama Berpuasa
1. Finland
Dengan berpuasa selama 20 jam, minoriti umat Islam di Finland perlu menjalani ibadah puasa dengan tempoh paling lama di dunia! Tempoh bepruasa panjang ini turut dikongsi oleh negara berdekatan iaitu Greenland.
2. Sweden
Umat Islam di Sweden pula perlu menjalani ibadah puasa selama 19 jam. Negara Norway juga dilihat berkongsi tempoh waktu berpuasa yang sama disebabkan kedudukan geografi yang agak dekat antara dua negara ini.
3. Alaska, Amerika Syarikat
Apabila musim panas, penduduk beragama Islam yang menetap di Alaska perlu berpuasa dengan tempoh yang cukup lama iaitu 20 jam seperti Sweden dan Jerman.
Sebaliknya, jika bulan Ramadhan jatuh pada musim sejuk, maka umat Islam di Alaska hanya perlu berpuasa selama 5 jam.
4. Rusia
Sebagai negara terbesar di dunia, Rusia mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza-beza mengikut wilayah.
Bagi penduduk Islam di Moscow, mereka perlu berpuasa selama 19 jam sehari ketika bulan Ramadhan. Sementara di kota Murmansk, waktu berpuasa didapati lebih panjang iaitu 20.45 jam sehari.
5. Iceland
Negara yang popular dengan panorama indah serta fenomena Aurora ini didapati merupakan negara ketiga dengan waktu puasa terlama di dunia. Umat Islam yang bermukim di negara Iceland perlu menjalani ibadah puasa selama 16 jam.
Kita yang berpuasa tak sampai 14 jam pun dah tak tahan lapar menjelang 5 petang. Apatah lagi umat Islam yang duduk di negara yang mempunyai tempoh berpuasa jauh lebih panjang berbanding Malaysia. Untung sebenarnya kita duduk di Malaysia !
Namun tak kiralah berapa jam berpuasa sekalipun, semoga Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita untuk perbaiki diri di samping mendekatkan diri kepada Allah. Selamat menjalani ibadah puasa !