Apa Itu Kemurungan dan Penyebabnya?


Kemurungan? Apa itu kemurungan? Macam mana kemurungan ini boleh terjadi? Untuk pengetahuan anda, kemurungan ini harus dicegah dan dirawat. Jikalau tidak dicegah, ianya boleh meragut nyawa.

Kemurungan boleh dicegah jika ia dapat dikesan awal. Terdapat rawatan yang boleh digunakan untuk mengubati penyakit kemurungan ini. Jom sama-sama kita ketahui mengenai kemurungan.

Apa itu depresi/kemurungan?

Kemurungan

  • Sejenis gangguan perasaan yang membuatkan seseorang itu rasa sedih yang berlarutan, kepenatan, tiada tenaga, cepat rasa marah serta kehilangan minat untuk melakukan aktiviti seharian.
  • Ia menyerang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa seseorang tersebut.
  • Selalunya berlanjutan sehingga berbulan-bulan lamanya dan ada juga yang bertahun-tahun.

Apakah penyebabnya?

Kemurungan

  • Ada sesetengah jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Tetapi jika anda memberhentikan pengambilannya, kemurungan anda akan berkurangan.
  • Peristiwa hitam yang pernah terjadi dan susah untuk dilupakan. Dan juga kekurangan sokongan daripada orang yang terdekat terutamanya keluarga.
  • Terdapat corak pemikiran yang tertentu yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Tanggapan anda kepada diri anda sendiri,
  • Kehilangan orang yang tersayang
  • Baru melahirkan anak atau meroyan
  • Stress juga boleh menyebabkan kemurungan jika ia tidak dikawal dengan baik.
  • Penyakit yang boleh menyebabkan kemurungan seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm.
  • Terdapat keturunan atau keluarga terdekat yang pernah mengalaminya sebelum ini.
  • Selainnya ialah penggunaan dadah atau arak, penghidap penyakit yang serius dan juga duduk bersama orang yang kemurungan.

Apakah gejala/tanda-tanda kemurungan ini?

  • Mudah terasa cemas/gabra dan fobia terhadap sesuatu dan pergerakan anda menjadi terhad akibat rasa resah gelisah
  • Sukar untuk membuat sesuatu keputusan
  • Daya tumpuan dan ingatan kurang
  • Cepat rasa marah dan rasa tidak tenteram
  • Gangguan terhadap waktu tidur, tak cukup tidur atau terlebih tidur
  • Simpton fizikal seperti sakit badan, gangguan sistem penghadamann dan sakit kepala
  • Cepat penat dan rasa tidak bertenaga
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa yang sering dilakukan
  • Perasaan sedih dan kosong yang berpanjangan
  • Mudah rasa putus asa
  • Rasa bersalah terhadap sesuatu
  • Rasa diri sendiri tidak berguna
  • Penurunan berat badan yang ketara akibat hilang selera makan
  • Rasa lebih baik mati daripada hidup, dan semestinya akan diserti oleh tindakan untuk membunuh diri

Kemurungan

Macam mana cara untuk mencegah kemurungan?

Kemurungan

  • Amalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan harian anda
  • Rancang kewangan anda dengan sebaik mungkin
  • Sentiasa bertenang walau apa jua keadaan dan juga sentiasa positif dalam pemikiran mahupun perbuatan
  • Patuh kepada ubat-ubatan yang diambil dan juga rawatan susulan yang anda jalani
  • Sertai aktiviti yang boleh membuat kita merasa gembira dan bebas
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan kepada yang penting terlebih dahulu.
  • Dan akhir sekali. ketahui penyakit anda.

Antara rawatan untuk kemurungan ialah :

Kemurungan
Penyakit ini sebenarnya boleh dirawat jika ia dapat dikesan awal dan mendapat rawatan yang teratur.

  • Sesi kaunseling
  • Psikoterapi
  • Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  • Penggunaan ubat “Anti-depressant”

Cegahlah sebelum terlambat. Diharap apa yang kami kongsikan kepada anda ini dapat membantu anda. Jangan dibuat main dengan kemurungan, sebab ia sangat bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat