4 Pengumuman Istimewa BN Kepada Rakyat Yang Menerima BR1M
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak membentangkan kandungan manifesto pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihanraya Umum 14 di Axiata Arena.
Pengumuman istimewa malam ini. Disebabkan ekonomi kita semakin baik dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun semakin bertambah, maka kerajaan BN berkongsi dengan rakyat.
- Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, pemberian BR1M pada Jun dan Ogos digandakan kepada RM800, berbanding RM400.
- Bagi individu bujang, BR1M yang dibayar RM450 akan ditambah RM150 menjadi RM600.
- Kategori baharu BR1M, berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000, dapat BR1M berkadar RM700 yang akan dibayar dua kali iaitu Jun dan Ogos.
- Bantuan one off sebanyak RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.