“Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya”, Tun Mahathir


Majlis perjumpaan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh.

Hal ini terjadi apabila beberapa orang ahli persatuan bertindak biadab keluar dari majlis dan berteriak kuat kerana tidak setuju dengan pandangan Tun Mahathir berhubung perkhidmatan e-panggilan seperti Grab.

Dikatakan 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil keluar dari dewan selepas Tun Mahathir berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan untuk kebaikan dan manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku kira-kira dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata,  sebagai perdana menteri  beliau hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk menstabilkan kembali pendapatan mereka.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

“Saya bukan nak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat