Malaysia Kini Dilanda Masalah Mentaliti, Fikiran Masyarakat Yang Kurang Matang

Sumber Rujukan : Hasryn Hamka

Malaysia kini dilanda masalah mentaliti, fikiran masyarat yang kurang matang ! Hal ini demikian kerana, dikala negara kita dikatakan semakin maju, masalah mentaliti di negara kita masih jauh ketinggalan. Masalah mentaliti yang sudah sebati dalam jiwa 90% rakyat Malaysia masa kini. Berikut adalah kami kongsikan beberapa kes study berkaitan mengapa Malaysia kini dilanda dengan masalah mentaliti.

1. Kes kecil (yang sebenarnya besar) seperti membuang sampah dari dalam kereta, tidak memberi signal bila hendak belok atau nak masuk lorong.

2. Bayarlah seikhlas hati

  • Berlaku di sebuah negeri apabila team kami membuat jualan amal seikhlas hati iaitu jualan tuala mandi. Ada masyarakat yang dengan selamba dan sengaja membeli tuala mandi ‘seikhlas hati’ dengan harga RM1/helai? OMG, kalau difikirkan harga kos pun tak lepas kan?
  • Upah mengurut seikhlas hati. Seorang tukang urut bersusah payah datang mengurut satu keluarga.. Datang dengan kereta dari jauh, mengurut secara purata 2-3 jam.. Total hampir seharian beliau mengurut.
    Apa yang berlaku? Tuan rumah membayar ‘seikhlas hati’ sebanyak RM10/orang. Pada hakikatnya kos minyak kereta pun tak lepas.
  • Event pemberian cermin mata PERCUMA kepada rakyat. Apa yang berlaku? Makcik Pakcik bawang dengan selambanya mengambil 2-3 pasang setiap orang dan siap panggil lagi anak cucu cicit sedara mara untuk ambil frame dan cermin mata secara berjemaah. What????
    Padahal matlamat utama kami berikan cermin mata percuma itu khas buat Rakyat yang betul-betul memerlukan dan yang kurang bernasib baik.

3. Mentaliti Kereta Besar Baju Mewah

  • Ramai yang melihat pada besarnya kereta seseorang. Maka ianya akan dinilai berjaya berbanding yang berkereta biasa-biasa.
    Lebih-lebih lagi jika berniaga, orang akan mudah cair apabila melihat kemewahan si empunya kereta (walaupun adakalanya hanya menyewa)
    Pada hakikatnya di negara luar betapa ramainya billionaire yang hanya berkereta second hand atau berkereta biasa dan tak pula mereka menunjukkan kemewahan mereka.
    Mak Zuki Owner pesbuk ni pun suka pakai T-shirt saja (walaupun saya tahu harganya T-shirt beliau ribuan dollar)

4. Kes oBike

  • Seperti yang kita tahu, aplikasi oBike adalah satu-satunya aplikasi yang dihasilkan oleh orang Malaysia sendiri. Fungsi aplikasi Obike ini adalah untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju dengan menggunakan basikal yang telah disediakan.
  • Tetapi perkhidmatan basikal sewa yang disedikan dengan kadar murah itu, hasilnya banyak ke longkang dan tempat pembuangan sampah. Rakyat kita sebenarnya sedang ‘sakit’ mentaliti. Saya kurang pasti apa ubatnya walaupun saya seorang pharmacist. Saya berpendapat mungkin penting pendidikan sivik seawal dari rumah supaya perkara ini boleh dicegah sebelum menjadi wabak yang berjangkit.

 

Jadi, sama-samalah kita mengubah mentaliti yang melanda masyarakat di negara kita kepada minda kelas pertama agar negara lebih berkembang pesat dan maju.  sebati dalam jiwa 90% rakyat Malaysia masa kini amat sedih untuk dilihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat