Kiera Clever Girl Tercalit Kontroversi Lagi? Saman Disebabkan Cyberbullying!


Siapa tidak tahu kisah bekas peserta Clever Girl Malaysia yang mewakili Pulau Pinang ini, iaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) yang telah menarik diri daripada menyertai rancangan itu kerana menyebarkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah tentang rancangan tersebut. Oleh kerana ini, dia nyaris disaman oleh  pihak penganjur TV3.

“Pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah,” kata kenyataan itu.

Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini dalam kenyataan awal di laman sosial Instagramnya @kieracatkingdom mendakwa, penarikan dirinya disebabkan dia mendapati terdapat unsur-unsur berat sebelah dan soalan bocor dalam pertandingan itu.

Namun kenyataan itu ditarik balik tidak lama kemudian atas alasan dia mempunyai perjanjian dengan TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan dibuat.

Netizen pula berpendapat, peserta dari Pulau Pinang ini sebenarnya tidak puas hati kerana sering gagal menjawab beberapa soalan yang telah diberikan.

Kontroversi Lagi? Apa Sebabnya?

Kali ini Kiera telah menyaman seorang individu bernama Caprice atau nama sebenar beliau, Ariz Ramli merupakan salah seorang selebriti yang juga usahawan teknologi yang baru sahaja melancarkan produk terbaru yang dinamakan sebagai Mengaji.com.

Dalam kenyataan aduannya yang dimuat naik dalam akaun instagramnya itu, dia telah berkata bahawa Caprice telah membawa unsur cyberbullying kepada post post berkenaan dirinya.

“…menimba ilmu bukan dengan cara menyuntik rasa benci dan mematahkan semangat mereka dengan menyatakan orang yang cemerlang akdemiknya angkuh, sombong dan mudah melenting.”

“…Ini jelas hanya untuk menjatuhkan kredibilit diri saya dan meraih populariti dengan cara yang tidak bermoral.”

-Petikan dari aduan yang dimuatnaik oleh Kiera di Instagramnya.

Caprice telah memuat naik sebuah video yang diminta oleh peminatnya untuk memberikan pendapatnya tentang kes Shazana Clever Girl dikatakan telah ‘kantoi’ menjawab soalan dengan tepat walaupun belum diberikan jawapannya.

Dalam video tersebut, Caprice tidak menyentuh mana-mana pihak atau menyebut nama mana-mana individu, dan hanya memberikan pendapatnya bahawa kes seperti ini akan menjatuhkan integriti rancangan itu. Dan dia menyuruh peminatnya membuat andaian mereka masing-masing.

Dan Caprice juga ada memuat naik video lain yang menerangkan dengan lebih jelas bahawa dia hanya menyentuh tentang integriti program tersebut sahaja. Bukan kepada peserta-peserta Clever Girl.

“Bila ada contestant yang tarik diri, keluar statement, dan ada pula video macam ni, benda tu boleh affect integriti program tersebut, bukan awak punya integriti.” kata Caprice di dalam videonya.

Satu post yang telah dipadam oleh pihak Instagram  pada 11 Oktober 2017 di akaun Instagram Caprice yang dicaptionkan sebagai “Lol, Thank you Kiera & Friends.”

“Dalam video tersebut Caprice sekali lagi mempertikaikan kredibilit saya dan telah mencemarkan maruah saya di khalayak ramai secara terbuka.”

“Caprice tetap ingin meneruskan tindakan dalam mengaibkan dan memfitnah saya dengan menulis “Lol thank you Kiera & Friends.” kata Kiera di dalam aduannya.

Kiera juga telah menyatakan di telah diasak dengan perkataan-perkataan yang kesat iaitu, “Study kat Oxford tapi otak masih letak di lutut.” Dia juga berkata Caprice telah merendahkan usaha dan perniagaan kucing miliknya.

Caprice memuat naik gambar komen yang diberi oleh followers-nya yang telah ditinggalkan oleh Kiera di Instagram miliknya yang menghina orang yang tiada ijazah sekaligus membuat spekulasi aplikasi yang dibina oleh Caprice adalah dibeli.

“Babe he only ada diploma from KL International School, buat education apps so ada reason untuk ‘dibeli’. Buat video ‘nasihat’ memalukan orang untuk tunmpang popularity. What an achievement huhu.” kata Kiera di ruangan komennya.

“Kiera delete post dia lagi!  Kenapa dia buat macam tu?” – Followers Tidak Puas Hati.

Kata netizen, Kiera sepertinya telah membuang mana-mana post yang berkaitan dengan Caprice. Dan pada masa yang sama, banyak fake account telah dibuat untuk membidas Caprice di ruangan komen Instagramnya.

Wanita kelahiran Pulau Pinang ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menafikan dakwaan Caprice yang dia telah membabitkan ibunya.

“Namun, saya menafikan dakwaan Caprice yang saya telah membabitkan ibunya. Perkara ini langsung TIDAK PERNAH BERLAKU. Sekali lagi saudara Caprice telah MEMFITNAH saya.” kata Kiera di dalam salah satu postnya.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Apa Pendapat Dari Pembaca?

Mengikut update dari peguam Caprice, banyak bukti komen-komen yang kuat yang boleh membuat Caprice menyaman balik Kiera yang dia dapat melalui followersnya dan juga menulis maklumat aduan polis yang diputarbelitkan.

Tetapi Caprice mengambil tindakan untuk tidak menyaman Kiera kerana dia merasakan dia tidak perlu melayan seorang wanita yang telah buta dek kerana segulung ijazah.

“You made me go all the way to shah alam on a freakin sunday.

Good job in providing the police all my posts. Unfortunately, even though u deleted alot of your comments attacking me, my business, my jihad, alot of my followers spent all night sending me the screenshots of all the proof.

Lawyers said i have a strong case to sue you for defamation. And for misleading the police.

But u know what…
I wont.
Not because i know you cant afford to pay me, but because i honestly dont have time to deal with someone whos blinded by a piece of paper.

Arrogance wont save you.
Deleted comments wont save you.

Being humble will.

God bless.”

– dipetik daripada post di Instagram @capriceofficial.

Apa pendapat daripada pembaca sendiri? Adakah ini suatu publisiti murahan atau sekadar satu permainan? Anda sahaja yang boleh membuat keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat