Datuk Seri Najib Razak Letak Jawatan Serta Merta
Bekas Perdana Menteri ke-6 DATUK Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta merta harini.
Beliau berkata, Biro Politik setuju Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas presiden parti.Katanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan jalankan tugas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.
Najib Razak juga berkata beliau tidak akan meninggalkan parti itu malah akan tetap bersama selagi masih diperlukan kerana menganggap parti UMNO dan Barisan Nasional tiada tolok bandingnya dengan parti politik yang lain.
“Saya terima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.