Menjunam Secara Vertikal, Nahas Pesawat China Eastern Airlines Tamatkan Rekod Penerbangan Selamat Negara Tersebut Selama Lebih 10 Tahun


Kapal terbang China Eastern Airlines Boeing 737-800 dengan 132 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas di pergunungan selatan China semalam.

Menurut kenyataan dari China’s Civil Aviation Administration of China (CAAC), kapal terbang tersebut dinaiki oleh 123 penumpang serta 9 orang anak kapal.

Pesawat China Eastern Airlines MU 5735 yang dijadualkan untuk mendarat di Guangzhou dilaporkan telah menjunam secara vertikal dari ketinggian 30,000 kaki belum terhempas kira-kira 2.30 petang semalam.

nahas pesawat china eastern airlines

Sebelum itu, Jabatan Kecemasan Guangxi turut mengesahkan hubungan kapal terbang dengan menara kawalan sudah terputus sejak 2.15 petang. Susulan insiden tersebut, difahamkan seramai 550 anggota penyelamat telah digegaskan ke lokasi kejadian.

kejadian china eastern airlines menyaksikan 550 anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian

China Eastern Airlines Tamatkan Rekod Penerbangan Selamat 10 Tahun di China

Hempasan kapal terbang tersebut turut menjadi pencetus bagi kebakaran hutan yang sangat marak dan boleh dilihat dari jauh. Insiden ini sekaligus menjadikan ia sebagai kejadian terburuk yang pernah dicatatkan selama hampir 10 tahun.

Berikutan kejadian ini, aktiviti penerbangan semua kapal terbang 737-800 telah diarahkan untuk dihentikan operasi buat sementara waktu.

Syarikat penerbangan China Eastern Airlines juga mengerahkan beberapa pasukan untuk menyiasat, menguruskan bangkai kapal terbang, urusan tuntutan waris dan sebagainya.

Memetik Global Times, punca kejadian mungkin disebabkan oleh kuasa enjin yang lesap sehingga menyebabkan kapal terbang hilang kawalan. Namun, punca spesifik masih dalam siasatan dan hanya boleh dikenalpasti setelah kotak hitam dianalisa.

Berdasarkan Aviation safety Network, insiden kapal terbang terhempas yang terburuk yang terakhir dicatatkan pada tahun 2010 apabila 44 daripada 96 orang penumpang terbunuh ketika menaiki jet Embraer E-190 oleh Henan Airlines dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Yichun. Kejadian ini juga menamatkan rekod penerbangan selamat China selama 4,227 hari berturut-turut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat