DATO’ ALIFF SYUKRI : Berkongsi Pengalaman Kecewa Ketika Membeli Beg Berjenama Hermes Birkin


Beg Hermes Birkin adalah aksesori peribadi  oleh Hermès dan dibuat dengan buatan tangan menggunakan kulit serta dinamakan sempena nama pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Hermes Birkin merupakan fesyen golongan bangsawan dan sebagai simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi serta  digunakan oleh ramai selebriti di serata dunia.

Harganya berkisar dari RM80,000 sehingga RM500,000. Kos dan harga beg Hermes Birkin meningkat mengikut jenis bahan yang digunakan. Manakala jumlah dan jenis beg yang diedarkan kepada Hermès butik pula tidak seragam dan menentu tambahan pula dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad, mewujudkan kekurangan dan eksklusif.

Berikut adalah luahan kecewa Dato Aliff Syukri melalui wall facebooknya ketika ingin membeli beg Hermes Birkin ini.

Luahan perasaan abg terlajak laris….saja je nak share pengalaman sendiri berkenaan beg HERMES Birkin almaklumlah ramai sangat orang melayu di Instagram terutamanya mudah sahaja menyandang beg hermes berkin sebab jenama ini jual berbagai beg, kain dan pinggan mangkuk..

Nak dipendekkan citer abang terlajak laris pasal beg Hermes Berkin ini…abang antara jutaaan org yang minat beg ni..saje suke tengok bini brgaya..amat teruja lah nk beli 1 beg Hermes Berkin untuk hadiah ke bini..abang apa lagi pergilah ke butik Hermes dengan hati berkobar kobar untuk membeli beg Hermes Berkin dan dalam hati nak buat surprise bini.  Saje nak cuba brand lain pulak..so nak tukar selera abang pun pergilah ke butik Hermes dan ckp ada tak beg Hermes Berkin & pelayan itu menjawab dengan nada yg baik dan lemah lembut

“Dato dah ada rekod dengan kami sebelum ni atau dah beli apa-apa produk?”

Saya jawab,  “tak pernah beli lah mahal sangat saya tak mampu”

Lepas tu yang paling tak tahan.. siap bawak abag nak kena interview..kena interview dengan manager dan ade pula syarat syarat nak beli contohnya abang kena beli beg  design lain atau beli tudung yang beribu-ribu barulah abang lepas untuk que dan tunggu giliran nak beli 1 beg Hermes Berkin. Katanya hanya yang ada rekod/regular customer sahaja yang boleh dapat beg ni..jadi nak cover malu punya pasal abang pun terbelilah tali pinggang dan dompet..bila dah balik abang terasa menyesal sbnarya.

Kata manager tu beg Hermes Berkin ni ada di malaysia tak banyak hanya 5-8 beg saja akan dikeluarkn ke setiap negara dan amat limited..hargany saja dah cecah RM80K-RM500K!! kalau beli LV GUCCI dah dapat 10 beg. Bukannya ada emas pun mahal yang amat..patutkah kalau kulit buaya buatan jenama Hermers ni mencecah rm500k???

Nak di pendekkan cerita abang kalau nak juga kena tunggu giliran yang memohon katanya..jadi abg membawa diri ke Australia demi mencari Hermes Berkin dan paling menyedihkan banyak sangat beg Hermes tetapi bukan beg Berkin hanya beg yang berbentuk biasa biasa sahaja tetapi harganya arrggghhh boleh buat naik haji.

Kesimpulanya abang pelik sangat macam mana ramai sangat yang orang boleh pakai berkin kat Malaysia ni dengan mudah sedangkan abang nak beli 1 pun sampai lahh ni kempunan?ada yg suruh abg beli melalui online yg katanya original beg berkin tu tp abg cnfius..ok abg nak tido..rajin berul korang baca luwahan perasa abg smpai habis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat