“Nasib Brader Tu Ada..” Lampu Isyarat Rosak, Lelaki Tampil Jaga Laluan Dipuji Ramai


Lampu isyarat merupakan salah satu perkara yang amat penting. Tanpa lampu isyarat maka sibuklah jalan raya. Tanpa lampu isyarat, semakin banyak kemalangan yang berlaku. Traffic light ini seolah-olah menjadi penyelamat dan juga pembantu bagi orang ramai ataupun pengguna jalan raya.

Walaubagaimanapun, masih ada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku disebabkan lampu isyarat ini. Selain masalah teknikal, ada juga kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

Ada yang terlampau mengejar lampu isyarat sehingga menyebabkan kemalangan. Malah ada juga yang saja-saja melanggar lampu isyarat dek kerana ingin cepat sampai ke destinasi.

“Nasib Brader Tu Ada..” Lampu Isyarat Rosak, Lelaki Tampil Jaga Laluan Dipuji Ramai

Berkenaan dengan lampu isyarat ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan ‘hero’ jalan raya kerana tampil menjaga laluan ketika lampu isyarat mengalami kerosakkan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Khalia Azmi itu, dilihat kereta yang tersusun dek kerana lampu isyarat tidak menyala. Namun di tengah-tengah kesesakkan itu, dapat dilihat seorang lelaki (kemungkinan besar bukan warganegara Malaysia) sedang mengawal laluan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan semua pengguna.

Seakan-akan polis trafik, lelaki berbaju dan berseluar hitam itu mengawal kenderaan di kawasan tersebut dengan begitu baik sekali. Berada di tengah-tengah jalan di kawasan garisan kuning, lelaki berkenaan mengawalnya dengan tenang sehingga kesesakkan yang berlaku tadi semakin pulih dan bergerak dengan teratur.

lampu isyarat

“Lama stuck kat T junction pagi tadi sebab traffic light rosak, give him some credit!! Thank you abang yang baik hati. Power la boleh control traffic. It’s not easy okay.. Salute!”, tulis Khalia di ruangan caption. 

Nasib la ada dia..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang memuji tindakan lelaki berkenaan dan ada juga yang menulis dan menyatakan nasib juga lelaki itu ada. Kalau semua buat tak tahu, melekat la dekat situ sampai esok.

“Nasib la ada dia.. kalau semua pakat buat tak tau ja.. hmm melekat la hampa sampai esok”, tulis ZUL_OS91

Tidak kurang juga ada yang berseloroh menyatakan abang panda sibuk sikit hari ini kerana tukar beg. Mungkin selama ini abang panda yang sering tampil ketika berlakunya kejadian sebegini, namun hari ini lain pula.

“Abg panda arini sibuk sikit, beratur tukar beg baru. Bro ni pun, moga semua bekerjasama”, tulis aasmahh_

 

Kebaikan lelaki yang tampil menjaga laluan kerena lampu isyarat rosak ini wajar dipuji. Lihat sahaja, berapa ramai yang sanggup melakukannya. Dalam seribu hanya satu orang sahaja. Tidak ingin salahkan mana-mana pihak, namun cukup contohi dan doakan kebaikan buat lelaki ini.

Sumber: TikTok Khalie Azmi

Baca juga: Berhasrat Takluk Puncak Burj Khalifa, Iron Lady Viral Ini Pernah Hampir Disambar Kilat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat