Pengasas Bawal House: Bermula dari Jalan TAR, Kini Berjaya Menjual Tudung RM4,000!

Sumber Rujukan : MauKerja Malaysia

Kisah seorang wanita yang bukan sahaja cantik malah yang kini telah berjaya mencapai apa yang diinginkan dalam hidupnya. Setiap kejayaan yang ingin dicapai perlu disulami dengan azam yang tinggi dan perancangan yang baik. Keputusan untuk ‘quit’ belajar bukanlah satu keputusan yang dibuat secara melulu dan tiba- tiba. Pada awalnya, beliau hanya menjual tudung – tudung yang diambil dari Jalan Tar saja. Kini Nurain Baharuddin yang berumur 26 tahun berjaya menjual bawal bernilai RM4000 sehelai dan memiliki butiknya sendiri yang dikenali sebagai ‘Bawal House’. Ketahui prinsip hidup yang masih dipegang olehnya dari dulu sehingga kini yang menjadikannya berjaya seperti hari ini.

Mari ikuti kisah selanjutnya  menerusi temu bual bersama beliau

“Saya penuntunt Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) jurusan Teaching of English AS a Second Language (TESL), tapi saya tak habis study sebab saya rasa saya tak boleh teruskan pembelajaran saya. Saya kena buat sesuatu yang saya suka, sebelum saya berhenti belajar saya dah plan sesuatu, apa yang saya kena buat, sebab saya tahu kalau saya berhenti terus, saya tiada plan apa – apa, penghujung kehidupan saya akan musnah, lagipun saya tiada sijil atau apa – apa pun. Saya tak bagitahu dekat mak ayah saya tentang keputusan berhenti belajar, mesti diorang akan tanya kenapa tiba – tiba buat keputusan macam ni, tak tanya diorang dulu..mesti mereka marah. Tapi macam mana nak teruskan kalau hati tak suka kan, saya kena buat sesuatu yang saya suka.

Saya pernah bekerja di hotel sebagai marketing untuk Spa tapi gaji tak ada lah mahal, biasa saja bawah 2000 ribu. Kita tengok kawan – kawan yang lain dah boleh beli apa yang dia nak, boleh beli untuk keluarga dia. Keluarga saya  biasa – biasa saja, bila kita nak bagi sesuatu kita hanya mengharapkan duit daripada suami, rasa tak sedap la kan dan masih tak puaskan hati mereka. Ketika mengandung saya bantu ibu mertua saya jaga kedai kosmetik dia, selepas saya beranak dan habis tempoh pantang, saya mula dengan bisnes kecilan iaitu jual tudung. Ketika itu semua jenis tudung yang saya jual, tudung itu saya ambil di Jalan Tar sebab situ murah – murah. Lagipun senang nak jual, nak target pelanggan. Saya hanya jual dalam personal akaun instagram saya dulu, sebab ketika itu saya memang tiada follower yang tetap untuk beli tudung saya. Saya suka bila pelanggan puas hati dengan barang yang dia dapat.

Saya terfikir dengan suami saya, saya dan suami tak pernah pergi berbulan madu sejak kami berkahwin. Suami saya pulak seorang kontraktor, projek kadang kala ada kadang kala tidak. Saya selalu bercakap pada diri saya walaupun untung tak banyak tapi tetap kena bahagikan pada keluarga saya sebab dari duit itulah mendatangkan keberkatan. Keluarga ni, kalau kita bagi walaupun sedikit tapi kalau mereka gembira nikmatnya berbeza, saya dah banyak kali nampak kalau hari ni perniagaan saya slow, walaupun mereka pada hari itu minta duit keesokannya mesti pelanggan saya ramai sangat. Tuhan sentiasa ada, Dia akan sentiasa tolong kita pada waktu dan masa yang sesuai.

Bagi saya kejayaan itu bukan ternilai dari sebuah kekayaan, tetapi selagi saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini, saya boleh beli apa yang saya nak, penuhi kehendak keluarga saya. Selagi saya boleh penuhi semua itu, saya berasa teramat bersyukur kerana dari kedai inilah saya tak payah minta duit dari suami saya lagi.

Tudung yang paling mahal setakat ini saya pernah jual sehelai tudung berharga RM4000. Tapi kita kena lihat ekonomi kita macam mana, kadang ekonomi mempengaruhi pembeli barangan kita, kalau ekonomi tak bagus pun kita perlu cari cara lain maksudnya jual harga yang mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat.

Dunia zaman sekarang perlukan duit, kalau nak berjuang dalam hidup anda, perlu ada duit simpanan, sekarang nak masuk tandas pun kena bayar apatah lagi nak beli apa -apa. Hidup ini jika anda tidak buat sesuatu yang bagus untuk diri anda sendiri, keluarga anda, anda akan tidak akan kemana. Saya gembira jika keluarga saya gembira, tidak semestinya saya perlu beli bag tangan mahal, kereta besar, ada rezeki kita beli. Untuk yang lepasan graduan yang malas bekerja, anda tidak boleh tak bekerja anda kena bekerja sebab sekurangnya itu adalah satu platform untuk kamu berjaya jika anda tidak bekerja sendiri sekalipun perlu cari pengalaman dulu, macam mana jadi seorang pekerja, nak terima arahan dari bos, macam mana hidup dalam suasana bekerja.

Bila saya temuduga pekerja saya, saya hanya minta tiga perkara sahaja amanah, jujur dan jaga solat. Kalau kamu tidak bersungguh – sungguh dalam kerja pun tidak boleh juga” kata Nurain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat