Kenali 5 Jenis Sakit Kepala Yang Mungkin Dihidapi Oleh Anda
Sakit kepala bukanlah perkara yang luar biasa berlaku kepada seseorang individu itu. Terlampau banyak faktor yang menyebabkan sakit kepala boleh terjadi.
Tetapi, tahukah anda sakit kepala mempunyai jenis-jenis nya yang tersendiri. Sakit kepala yang dihidapi oleh anda mungkin memberi kesan besar kepada diri anda dari sudut fzikil mahupun mental.
Bukan semua orang boleh menahan daripada menghidapi sakit kepala. Sesetengah individu terpaksa menelan pelbagai jenis ubat akibat daripada sakit kepala yang berterusan.
Oleh itu, kenali jenis sakit kepala yang dihidapi oleh anda untuk memastikan sakit yang anda hidapi dan kesan buruk daripada sakit kepala tersebut.
Berikut merupakan jenis-jenis sakit kepala:
1. Bahagian sebelah kepala
Bagi sesetengah penghidap migrain, kebiasaanya mereka akan berasa sakit pada bahagian sebelah kepala sahaja. Individu yang menghidap migrain lazimnya akan berasa kepala berdenyut-denyut dan mengalami keperitan yang menyegitkan pada bahagian sebelah kepala.
Adakalanya, individu tersebut akan berasa mual dan muntah-muntah jika migrain menyerang diri mereka. Kesakitan yang berpanjangan biasanya dihidapi oleh seseorang yang mengalami migrain.
2. Sakit di dahi dan sekitar mata
Bagi individu yang terasa sakit di sekeliling mata dan keseluruhan dahi mereka, kebiasaannya individu tersebut mengamalkan diet yang tidak seimbang. Ia berpunca daripada masalah penghadaman anda.
Kesakitan ini hadir dengan perasaan sakit yang menyucuk-nyucuk dan ia akan bertambah teruk andainya individu tersebut berbaring. Bagi sakit kepala ini yang turut dipanggil sebagai “cluster headache” boleh menyerang dari 10 minit sehingga ke 3 jam lamanya.
Ia bergantung juga kepada kekuatan seseorang individu yang menghidapnya. dalam kes lain, sakit kepala ini juga boleh mengakibatkan mata berair, sembab mata dan hidung tersumbat.
3. Sakit di bahagian atas kepala sehingga ke belakang leher
Individu yang mempunyai jenis sakit kepala begini selalunya berpunca daripada masalah jiwa. Mereka mengalami tekanan dan masalah di dalam hidup mereka dan membuatkan segala urat utama dalam badan mula menegang dan bersimpul membuatkan kesakitan pada kepala bertambah parah.
Jika anda mengalami masalah yang sebegini anda dicadangkan untuk merehatkan diri anda dari segi fizikal dan juga mental. Hal ini terjadi berpunca daripada tekanan yang dihadapi oleh anda dan anda disarankan untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan yang berterusan.
4. Sakit dari dahi Hingga Ke Tulang Hidung dan Bawah Mata
Jika anda mengalami situasi ini anda sedang menghadapi masalah selsema dan hidung tersumbat. Ia menyerang di bahagian hidung dan di bawah mata akibat sinus yang menyerang diri anda.
Sinus itu seperti meneka- nekan bahagian pada permukaan muka anda menyebabkan anda tidak selesa dan seterusnya mengakibatkan sakit kepala berlaku.
5. Sakit dibahagian hadapan dan sisi dahi
Jika anda mengalami sakit seperti ini, ia juga adalah disebabkan oleh tekanan luar yang dihadapi oleh anda. Anda disarankan untuk merehatkan diri dan cuba menenangkan pemikiran anda dengan perkara perkara yang boleh menggembirankan anda.
Bagi anda yang menghadapi sakit kepala jenis yang dinyatakan. Jangan ambil mudah akan sakit kepala seperti ini, sakit kepala yang berlanjutan boleh membawa kesan buruk dan mencacatkan kehidupan harian anda.
Jika anda mengalami sakit kepala yang terlampau teruk anda disarankan untuk terus berjumpa dengan doktor dan menerima rawatan yang sepatutnya.
Semoga bermanfaat.