Siti Afifah Sekali Lagi Timbulkan Kontroversi, Dakwa Minum Susu Punca Jangkitan Kutu


Jika tidak mampu berkata yang baik-baik adalah lebih baik jika kita menutup mulut. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan orang ramai ataupun mereka yang terdekat dengan kita. Tidak perlu buat-buat pandai walhal apa yang kita perkatakan itu tidak benar.

Lebih-lebih lagi jika kita ini seorang yang berpengaruh. Apa yang kita buat dan ucapkan menjadi ikutan para pengikut ataupun orang ramai. Jika kita orang yang dikenali ramai ataupun penceramah, antara perkara yang perlu dijaga adalah ucapan yang disampaikan.

Tersalah cakap ataupun apa-apa yang diucapkan agak pelik, pasti bakal menimbulkan kontroversi. Seperti mana yang berlaku baru-baru ini, dakwaan Siti Afifah, penceramah bebas berkenaan dengan lelaki ‘dayus’ menimbulkan kemarahan orang ramai.

Siti Afifah Sekali Lagi Timbulkan Kontroversi, Dakwa Minum Susu Punca Jangkitan Kutu

Sekali lagi Siti Afifah menimbulkan kontroversi dan kemarahan orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan punca berlakunya jangkitan kutu. Dakwaan itu dibuat menerusi video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, penceramah bebas berkenaan memberitahu bahawa antara punca kutu adalah minum susu terlampau banyak. Menurutnya, ramai yang tidak tahu bahawa susu ini menyebabkan jangkitan kutu.

“Kalau kita minum terlampau banyak susu bolehkah? Kadang-kadang bila kita minym susu terlampau banyak, salah satu dia akan mengundang kutu. Ramai yang tak tahu tetapi bila kita minum terlampau banyak susu akan mengundang kutu. Tahu ke tak tahu ni? Cuba komen sikit”, dakwa Siti Afifah Shahbudin menerusi video tersebut.

Setakat ini , video yang dimuat naik oleh Siti Afifah Shahbudin telah mendapat tontonan 28.5 ribu tontonan, 240 tanda suka dan 248 komen.

Apa kaitan susu dengan kutu..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang seolah-olah terkejut dengan dakwaan wanita ini dan ada juga yang meluahkan rasa risau. Tidak kurang juga ada yang turut tertanya-tanya, apa kaitan susu dengan kutu.

“Ah ghisau”, tulis Zyan_Ismail

“Apa kaitan susu dengan kutu”, tulis Meen Ahmad

Dalam masa yang sama ada juga yang turut menulis dan menyatakan, wanita ini sedang diuji oleh Allah SWT. “Allah SWT sedang uji akak ni”, tulis Matt Imhar

Manakala Ainaa pula menulis, kalau ada 3 orang lagi macam wanita ini di dunia ini, dia terpaksa buat reunion. “kalau ada 3 orang lagi macam korang dalam dunia ni, terpaksa kami kena bikin reunion”.

minum susu

Buat pengetahuan korang, susu merupakan antara salah satu cecair yang berkhasiat. Terdapat beberapa jenis susu yang enak dan boleh digalakkan untuk diminum. Antaranya susu lembu, susu kambing manakala bagi bayi kecil, susu ibu adalah makanan yang terbaik untuknya.

Menurut beberapa sumber, susu ibu atau susu manusia cair dan kaya dengan laktosa. Susu lembu pula lebih rendah kandungan gula dan tinggi protiennya. Susu lembu juga tidak kurang berkhasiatnya kerana ia merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin.

Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) susu lembu mengandungi kira-kira 285 mg Kalsium yang mana mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah yang dicadangkan harian (DRI) bagi orang dewasa.

Berbalik kepada dakwaan Siti Afifah berkenaan minum susu boleh mengundang kutu, hal tersebut masih tidak dapat disahkan lagi. Setakat ini tiada lagi para pakar pemakanan yang mendedahkan isu tersebut.

Sumber: TikTok Siti Afifah Shahbudin

Baca juga: Tunggu Adik Beradik Jemput Tak Kunjung Tiba, Pelajar Tahfiz Kehilangan Kakak, Adik & Abang Sekelip Mata 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat