Doktor Perubatan: Bani yang kelihatannya sangat tinggi darjatnya
Dengar sahaja doktor, pasti ramai yang membayangkan bidang pekerjaan professional dan gaji yang lumayan. Namun hakikat sebenarnya ialah, kerjaya ini bukan sahaja mencabar mental dan fizikal malah menuntut mereka memberikan sepenuh perhatian kepada pesakit. Disini saya ada sedikit perkongsian yang dipetik daripada post terakhir seorang pengguna Facebook Wan Shazriza yang ditujukan untuk bekas-bekas pelajarnya berkaitan isu doktor yang agak tular itu.
Berikut adalah perkongsian beliau:
Jadi bacalah dengan mata hati yang tunduk merendah, jangan didongakkan wajah dan penuh sombong yang ingin terus meningkah. Baca, dan saya pinta sekali lagi, merendahlah.
Saya tahu ramai bekas2 pelajar saya yg kini juga sudah menjawat jawatan terhormat tersebut. Saya tumpang bangga, namun saya berjanji tidak akan mengemis khidmat bakti mereka sebagai tuntutan membalas budi. Jikapun nanti saya uzur dan tua, sakit dan tak berdaya, saya tidak akan mengharapkan ada yg akan datang merawat percuma. Seperti saya, yang pernah mengajar anda dgn dibayar gajinya oleh MARA, jika nanti anda merawat saya, akan juga saya nilaikan khidmat itu dengan nilai currency semasa.
Tahniah anak2 pelajar yg bijak pandai, yg telah cemerlang menjawab kertas2 peperiksaan SPM. Kemudiannya, hebat menelaah buku2 tebal tentang ilmu dunia yg begitu mempesonakan itu. Dan akhirnya, menerima tauliah dan dikalungkan pelbagai panggilan dan gelaran.
Salah satunya, yg akhir2 ini begitu dipahat dan dicanangkan sebagai gelaran TERHEBAT di antara sekian yg lainnya yg juga hebat2 ialah profesyen sebagai doktor.
Seolah2 ilmu mereka mencakupi segalaya tentang tubuh badan dan penjagaannya. Seolah2 ilmu2 yang lain ialah sampah dan najis dan seerti dengannya. Sehinggakan kita yg tidak membaca buku2 yg mereka baca ialah makhluk yg membentuk bani2 yang hina.
Sehinggakan utk membicarakan tentang diri sendiri, utk berkongsi pengalaman peribadi, sudah tiada hak kita. Sudah terlucut kerana kita BUKAN doktor. Kerana SPM kita tidak sehebat mereka. Begitu mulia mereka sehinggakan untuk mencelah menyatakan pendapatpun, sudah tidak layak kerana kita bebal dan pemalas.
Dengan kata lain, kita dan mereka sudah dilabelkan berada dalam kasta2 yang berbeza. Bani yang kelihatannya sangat inferior darjatnya.
Fahamilah apa yg sebenarnya pokok persoalan, apa yang menjadikan isu ini begitu digegarkan. Jangan memberi justifikasi yang cuba membiaskan isu utama. Apa yang rakyat jelata cuba sampaikan ialah kekesalan kerana angkuh dan bongkaknya kata2, hanya untuk menegakkan apa yang mereka baca dalam buku2 mereka. Kita masih belum lagi membincangkan isu lain hasil dari polemik ini, misalnya – apakah semua yang dipelajari dari buku2 itu benar belaka? Apakah tiada langsung wisdom dan petua tradisi yang boleh dihormati?
Belum lagi kita sampai ke perbincangan itu bila kita mengangkat tangan dan berkata, “Whoaa.. excuse us, doctor…”.
Kita hanya setakat menyampaikan rasa terkejut kerana seseorang dari profesyen yang mulia itu, rupanya tidak begitu mulia dalam berbahasa. Tidak begitu terserlah adab dan susilanya.
Dan majoriti rakyat jelata ini hanya cuba menegur. Itu sahaja.
Tidak kita pertikaikan ilmu menggunung yang dimiliki dia dan rakan2nya. Tidak kita nafikan sumbangan dan jihadnya memerangi semua mitos2 yang bodoh dan celaka itu. Tidak. Tidak.
Jadi, sekali lagi, anakanda2 pelajar saya terutamanya, fahamilah ini. Dan dalam masa yang sama, ambillah apa jua iktibar dan pesanan yang baik2. Jangan jadi defensif dan masih merasa anda hebat, mulia dan agung. Yang tidakpun ada kesalahan, apatah lagi untuk layak diperbetulkan.
Hanya kerana buku2 yang anda baca itu.
Jika anda seorang doktor, rawatilah pesakit anda dengan ihsan dan lisan yang baik. Letaklah profesyen yg telah anda pilih itu di tahap yang sepatutnya. Dan paling penting, pakailah tanda nama kemanusiaan, sarunglah kot putih keinsanan, dan tinggalkan apa jua daki dan kudis2 keangkuhan.
Dan saya menujukan ini kepada bekas2 pelajar saya terutamanya, kerana mereka masih memanggil saya cikgu. Walau saya tahu, jika saya berjumpa mereka, saya tidak akan memanggil mereka dengan nama mereka yang pernah saya panggil dahulu.
Saya mesti memanggil tuan/puan doktor. Itulah yang saya dikhabarkan.
Itu sahaja serba sedikit perkongsian daripada beliau. Harap bermanfaat untuk semua, terutamanya untuk anak-anak muda yang bergelar sebagai seorang doktor.