5 Amalan Wajib Untuk Berjaya Dari CEO D’ Apple, Abdul Hakim
Disini saya kongsikan tahapan apa yang perlu dilakukan oleh seorang untuk berjaya dalam bisnes..
1. Doa
Sebelum bermulanya bisnes, selepas bisnes dimulakan, bahkan sehingga sampai tahap kita sudah berjaya dan kaya raya, kita tetap perlu berdoa setiap hari dan setiap masa supaya dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari malapetaka dan bala bencana, fitnah dan sabotaj. Doa dan bisnes berpisah tiada setiap masa. Jangan tinggalkan amalan berdoa tak kira waktu susah atau senang. ” Iyya kana’budu waiyya kanasta’in. Hanya Engkau yang berhak disembah dan hanya Engkau yang berhak diminta pertolongan “
2. Usaha
Usaha dan terus berusaha sambil berdoa. Kita buat yang terbaik yang termampu. Berusaha gigih dalam berbisnes dan dalam masa yang sama juga berusaha mencari ilmu untuk menampung kekurangan yang ada. Man jadda wa jada. Siapa berusaha dia dapat.. Istiqamah dan jangan putus asa hendaknya..
3. Sabar
Sabar dalam segala segi. Sabar dengan ketidakcukupan. Sabar semasa berusaha. Sabar dalam keletihan dan kepenatan. Sabar dalam cemuhan. Sabar dalam kelaparan. Sabar bila diperkecilkan atau diperlekehkan. Sabar bila di ‘reject’. Sabar segala-galanya.. Jangan berhenti berharap dengan Allah.. Jangan putus harapan.. Allah tidak suka..
3. Ikhtiar
Setiap perjalanan bisnes mesti akan disulami dengan cabaran yang tak kunjung habis. Jika ketemu cabaran dan masalah, berikhtiarlah untuk lepasinya. Setiap permasalahan dan cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya kecuali tua dan mati. Ikhtiar satu cara, tak ketemu jalan juga, ikhtiar cara lain pula.. Sabar dalam berikhtiar..
4. Tawakkal
Bila kita sudah buat yang terbaik yang termampu, maka tunduk sujud kepada Yang Maha Kuasa tanda penyerahan dan tawakkal. Manusia yang merancang, Allah yang tentukan.
5. Redha
Doa sudah, usaha sudah, ikhtiar sudah, tawakkal pun sudah, maka REDHA lah dengan ketentuanNYA kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita sedangkan kita tidak tahu.
6. Syukur
Apa yang kita perlukan, Allah sudah tunaikan dan kerana itu kita masih berdiri dan masih bernafas disini. Nikmat yang terbaik adalah nikmat Islam dan kesihatan. Yang paling penting bukan kaya harta sahaja tapi dapat redha Allah dan masuk syurga. Maka apa pun yang terjadi ucaplah ALHAMDULILLAH tanda syukur kepada Allah Sang Pentadbir Sekian Alam.
.
Ia mesti lengkap. Usaha tanpa doa pun tak jadi. Doa tanpa ikhtiar pun tak lengkap. Ikhtiar tanpa usaha pun tak jadi. Usaha tanpa tawakkal pun tak memadai. Pendek kata atau panjang kata sekalipun, kitaran ini mesti dipenuhi untuk mencapai kejayaan yang gemilang..
Jangan sesekali kita berkata kita sudah buat segala-galanya selagi kita tidak lepasi semua fasa di atas..
Dan pada waktu itu jika berjaya kaya atau tidak, kita sudah mampu tersenyum berpuas hati kerana kita sudah buat apa yang terdaya dan termampu. Kita sudah tak segan dan malu, kita memang sudah buat segala-galanya dan,
Dan pada waktu itu barulah kita sedar dan tahu hakikat siapa kita dan siapa ALLAH Azzawajalla.
Kita ni hanya hamba yang hina yang hanya mampu merancang dan berusaha dan Allah jualah penentu segalanya. Pada waktu itu kita sedar siapa Yang Maha Hebat..
Kita mulai sedar yang kita berjaya bukan sebab usaha kita semata atau sebab pandainya kita tapi hakikatnya adalah ia adalah kehendak Allah.
Nak berjaya? Cari Allah yang berkuasa atas kejayaan kita secara total dulu bukannya cari manusia..