Dianggap Kereta Myvi Low Class, Wanita Luah Rasa Kecewa Dan Buntu Apabila Ibu Tak Setuju Bakal Menantu Nak Beli Kereta Tempatan Murah
Sejak dahulu, kereta Myvi sudah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia yang ingin memiliki kenderaan sendiri dengan harga mampu milik. Prestasinya juga boleh dikatakan memuaskan dan pada masa yang sama menjimatkan wang dalam jangka waktu yang panjang.
Meskipun begitu, sesetengah orang masih berpendapat bahawa kereta ini tiada standard dan boleh menjejaskan imej si pemilik. Buktinya, baru-baru ini tular di Twitter mengenai luahan seorang wanita yang menceritakan masalah yang dihadapi dengan ibunya hanya kerana kereta Myvi menerusi akaun @twtmalaywedding.
Menurut wanita tersebut, ibunya meletakkan syarat kepada bakal suami untuk menyediakan kereta sebelum kahwin. Setelah berbincang dengan teman lelaki, mereka bercadang untuk beli Myvi.
Mendengarkan keputusan tersebut, ibu wanita ini mula memberikan respon yang negatif sambil melabel kereta tersebut tak ada class.
“Dia kata Myvi ni kereta untuk student bla bla bla takde class la tak jaga imej apa semua kalau pakai Myvi”, luah wanita itu.
Akui terasa hati dengan kata-kata ibunya, wanita tersebut pada masa yang sama turut berasa buntu dengan sikap ibunya.
“Mak saya cakap ikut saja cakap dia kalau tak menyesal.” Ini jelas membuatkan wanita tersebut makin keliru sehingga sukar untuk buat keputusan.
Justeru itu, wanita tersebut turut minta pendapat netizen mengenai isu yang dihadapi bersama ibunya.
“Tak Usah Bebankan Diri. Apa Salahnya Guna Kereta Myvi?..”
Rata-rata netizen juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu wanita yang dilihat menyukarkan urusan anaknya yang ingin berumah tangga.
Di samping itu, netizen juga dilihat memberi sokongan kepada wanita tersebut untuk teruskan keputusan untuk membeli Myvi.
Netizen berpendapat komitmen pada kereta mahal bukanlah satu keperluan dan boleh membebankan diri sendiri setiap bulan.
Wargnet yang berpengalaman memilik Myvi selama bertahun-tahun turut menceritakan kebaikan penggunaan kereta tersebut yang cukup menjimatkan.
Sementara itu, sesetengah netizen juga berpendapat pembelian kereta Myvi atau setara dengannya adalah pilihan yang bijak dan boleh mengelakkan diri daripada bebanan hutang atau risiko muflis.
“Slow2 Je Sis. Nanti Lama-lama Boleh Upgrade..”
Selain menyokong pembelian kereta tempatan yang lebih mampu milik, netizen turut memberi saranan kepada wanita tersebut untuk berbelanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu mendengar kata orang lain.
Hal ini kerana komitmen berumah tangga memerlukan modal yang lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru berkahwin.
Memang tidak dinafikan keinginan untuk memiliki kenderaan yang mewah pasti pernah dirasai oleh semua. Namun, kita juga perlu fikir masak-masak sebelum bersetuju pada apa-apa komitmen dan ukurlah baju di badan sendiri.