Kenali Tan Sri Hassan Merican: Bekas Pengerusi dan CEO Petronas


Tan Sri Hassan Marican, 57, telah berkhidmat sebagai Presiden dan CEO Petronas selama 15 tahun dari Februari 1995 hingga Mac 2010 merupakan ahli ‘Council Members Of Elders’ – selaku penasihat Jabatan Perdana Menteri & Ekonomi yang baru sahaja dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.

Petronas dahulu hanyalah syarikat kerdil di kalangan syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell dan Esso.

Sehingga Petronas mendapat “sentuhan” daripada bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican berjaya membawa dan menempatkan Petronas dikalangan syarikat multinasional yang cukup elit di dunia.

Sekarang Singapura ingin mengunapakai sentuhan “magis” beliau apabila Tan Sri Hassan Marican menyertai SembCorp Industries.

Mantan CEO Petrolium Nasional Berhad (Petronas) ini dilantar sebagai pengarah bukan eksekutif bagi SembCorp Industries Ltd. Bursa Saham Singapura difahamkan oleh SembCorp Industries

SembCorp Industries dikendalikan oleh syarikat milik Singapura iaitu Temasek Holdings berperanan dalam bidang perniagaan marin, bekalan tenaga dan air

Semasa di awal pentadbiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Hassan Marican telah ditawarkan jawatan sebagai penasihat khas Perdana Menteri bagi isu tenaga dan gas tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

Antara pengalaman beliau :

  • Pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980).
  • Kemudian balik ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed / / Touche Ross & Co (1980–1989).
  • Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .
  • Pada 1 Ogos 1991, Tan Sri Hassan Marican dilantik sebagai pengerusi Petronas Gas Berhad.
  • Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales.
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia.
  • Ahli Lembaga Pengarah Petronas.
  • Tan Sri Hassan Marican pernah menjadi pengerusi Petronas Dagangan Berhad
  • Pengerusi Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC).
  • Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan, iaitu anak syarikat Petronas.
  • Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak Februari 1995.
  • Menjadi Pemangku Pengerusi Petronas pada 2004 – 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat