Baru Nak Mula Buat Bisnes?


img_17066993-businessman-with-a-strategy-plan-success-felt-tip-pen

Disini saya kongsikan apa yang perlu dibuat pada peringkat pertama bisnes langkah demi langkah.

1. Tentukan bisnes apa yang nak dibuat, produk atau servis

2. Cari nama syarikat – nama yang ada commercial value

3. Cari nama brand dan buat logo (kalau ada bajet, mohon trade mark terus dengan MyIPO – RM350)

4. Tentukan jawatan kita dalam syarikat

5. Buat kad bisnes

6. Daftar syarikat dengan SSM (+- RM100 untuk Enterprise dan +- RM3,000 untuk Sdn Bhd)

7. Buat profail syarikat
– latarbelakang syarikat
– jenis perniagaan
– struktur organisasi
– misi dan visi

8. Buat Rancangan perniagaan
– aspek sumber manusia
– aspek kewangan
– aspek pengeluaran
– aspek pemasaran

9. Masuk kursus/seminar produk atau servis bidang yang diceburi.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

 

10. Masuk kelas pemasaran online dan offline.

11. Post produk atau servis yang ditawarkan serta logo dalam facebook 10 kali sehari selama 3 bulan. (Lagi banyak friendlist lagi bagus) – nak advance lagi buat fb ads terus. Buat Fanpage.

12. Cetak buku bil / resit / invois / d.o . (Fast print RM200).

13. Mula menjual (Market first, sell later).

14. Ada modal sikit, pilih bank yang sesuai dan buka akaun semasa syarikat serta ambil lah buku cek. (RM1,000 – RM2,500 untuk deposit buka akaun syarikat).

15. Membeli dan membayarlah dengan cek agar akaun syarikat aktif.

16. Semua urusniaga perlu dicatatkan. Paling penting adalah berapa RM masuk dan berapa RM keluar.

17. Simpan semua resit, voucher, bukti pembelian atau jualan.

Bila dah ada jualan pertama, perkara pertama yang perlu anda fikir adalah bagaimana dan apa strategi yang perlu dibuat untuk catat jualan yang mampu mencapai titik pulangan modal, barulah fikir untuk langkah seterusnya yang lebih bergaya smile emoticon.

Businessman with a strategy plan to be successful in his business

PENGETAHUAN KEWANGAN YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMULAKAN BISNES

1. Berupaya mengenalpasti dan menyenaraikan berapa (RM) jumlah perbelanjaan / overhead tetap syarikat kita sebulan. Contoh overhead sebulan = RM5,000

2. Wajib mengetahui berapa profit margin produk kita. katakan profit margin kita adalah 50%

Profit margin / margin keuntungan
= Harga jual – harga kos / Harga jual

Contoh :

Harga jual kasut = RM20.00
Harga kos kasut = RM10.00

Jadi, Profit margin kasut :

= RM20 – RM10 / RM20
= 50% @ 0.5

3. Mesti mengetahui berapa titik pulang modal (break event point). Berapa jumlah jualan yang diperlukan untuk capai titik pulang modal. Dengan kata lain, berapa jualan yang diperlukan untuk menjadikan bisnes kita tak rugi dan tak untung.

Bila kita tahu berapa overhead sebulan, berapa profit margin produk kita, maka kita boleh mengetahu berapa titik pulang modal kita seperti contoh di bawah :

Formula titik pulang modal
= Jumlah perbelanjaan / profit margin

= 5,000 / 50%

= 5,000 / 0.5
= RM 10,000
bigstock-Businessman-writing-a-business-26983652

Ini bermakna, anda perlukan jualan sebanyak RM10,000.00 sebulan untuk mencapai titik pulangan modal (tak untung dan juga tak rugi) iaitu jualan yang berupaya untuk menampung perbelanjaan atau overhead tetap anda sebulan bagi produk yang profit marginnya 50%. Ia juga bersamaan dengan RM333.33 sehari.

+ Jika purata jualan harian anda tidak sampai kepada RM333.33 sehari, maka perniagaan anda adalah dalam mode ‘rugi’

+ Dan jika anda dapat hasilkan purata jualan bersamaan dengan RM333.33 sehari, maka perniagaan anda tak untung dan tak rugi.

+ Dan jika purata jualan harian anda melebihi RM333.33 sehari, maka perniagaan anda dalam mode untung.

Sebelum anda berfikir dan berharap anda berupaya untuk menjadikan syarikat yang baru anda tubuhkan ini mendapatkan untung, saya cadangkan, belajar dahulu biar ia berupaya mencapai titik pulang modal. Jika perniagaan syarikat berupaya bertahan sehingga 3-6 bulan dalam mode tak untung dan tak rugi, ini sudah boleh dikatakan satu kejayaan besar.

Bila anda sudah biasa berjuang untuk capai titik pulang modal, akan datang satu masa, kita dah rasa cukup kuat dan selesa untuk ‘push’ jualan harian atau bulanan kita mencapai tahap keuntungan sedikit demi sedikit..

Tempoh 6 bulan tak rugi dan tak untung itu adalah tempoh kita bina jenama, bina tribe, bina kepercayaan dan bina rangkaian untuk menjadikan 6 bulan seterusnya adalah dalam mode ‘buat duit’

Manusia perlu masa untuk jadi pelanggan setia kita. Jadi, kita perlukan duit untuk bertahan menunggu di antara selang masa mereka menjadi pengguna biasa sehingga menjadi pengguna tegar produk kita.

#Artikel ini ditulis oleh  Abd Hakim Awang D’Apple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat