Khader Adnan: Seorang Lelaki Palestin Mengakhiri Mogok Laparnya Selepas Menerima Hukuman


RAMALLAH: Seorang banduan Palestin, Khader Adnan mengakhiri mogok lapar semalam selepas mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara selama setahun kepada beliau, kata isterinya.

Khader Adnan berada dalam tahanan sejak Disember lalu dan hukuman itu memberi makna bahawa beliau dijangkakan akan dibebaskan dalam tempoh dua bulan lagi.

Adnan memulakan mogok lapar awal September lalu bagi membantah penahanannya dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun semalam, kata peguam dan isteri lelaki berkenaan.

“Keputusan hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara setahun adalah kerana berdasarkan keadaan kesihatan beliau yang buruk akibat mogok lapar itu,” kata isterinya, Randa.

Tentera Israel mengesahkan bahawa hukuman berkenaan dan dalam satu kenyataan berkata, lelaki terbabit disabitkan dengan kesalahan menganggotai pertubuhan Jihad Islam yang diharamkan negara Zionis itu.

Adnan telah melakukan banyak bantahan sebelum ini ketika ditahan di dalam penjara Israel. Khader Adnan Mohammad Musa merupakan ahli kanan organisasi Islam Palestin Palestin dan Jihad Islam di Israel.

Pada 2012, beliau melakukan mogok lapar selama 66 hari sebagai bantahan terhadap penahanan tanpa perbicaraan, iaitu kaedah yang digelar Israel sebagai ‘penahanan pengurusan’.

Beliau melakukan mogok lapar selama 50 hari tanpa makanan pada 2015 ketika sekali lagi ditahan atas satu kesalahan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat