“Pakai Data Jelah Kalau Macam Ni !” – Universiti di China Asah Minda Pelajar Dengan Password Wifi Unik Untuk Diselesaikan


Biasanya kita restoran atau kafe akan tawarkan wifi percuma kepada pelanggan. Kalau ada password pun tidaklah susah, selalunya nombor berulang atau nama kafe tersebut. Pekerja kafe pun biasanya akan terus bagi password tanpa banyak soal.  Tak adalah susah sampai nak kena berteka teki.

Namun lain pula ceritanya dengan sebuah universiti di China yang meminta pelajar untuk selesaikan soalan matematik integral yang kompleks untuk dapatkan password !

Difahamkan perkara ini perlu dihadapi oleh pelajar Nanjing University of Aeronautics and Astronautics untuk gunakan wifi di restoran yang berada dalam kampus.

Macam Mana Nak Selesaikan Password Wifi Unik Ni ?

Rasanya kalau kita mungkin give up sahaja bila melihatkan simbol ‘cacing’ dan terma Calculus yang sudah lama ditinggalkan ! Itu pun kalau bernasib baik pernah ambil subjek ini masa pra-universiti ! Lebih baik pakai data sahaja daripada membazir masa buat kira-kira yang kita sendiri tak tahu jawapannya.

Tapi nak tahu juga apa sebenarnya jawapannya ?

Seorang Youtuber @blackpenredpen telah tampil memberikan penyelesaian bagi password Wifi unik ini. Yang menariknya, dia hanya mengambil masa enam minit untuk dapatkan jawapan.

Panjang jugalah kira-kira yang dibuat untuk dapatkan jawapan akhir ! Siap kena lukis graf lagi !

Perkara ini turut mendapat perhatian warganet di China. Menurut laporan akhbar China, salah seorang kakitangan di universiti tersebut memberitahu password wifi unik ini diberikan untuk latih kemampuan siswa dalam menyelesaikan persamaan Calculus tahap tinggi.

Selain password wifi, pelajar juga diberikan harga menu dengan terma matematik seperti √4  untuk makanan berharga 2 yuan, dan 2untuk makanan berharga 8 yuan.     

Secara amnya, universiti tersebut memerlukan pelajar bidang sains untuk kuasai topik Calculus. Subjek yang menekankan teori fungsi, integral dan teori kebarangkalian ini juga wajib diambil oleh pelajar sains di universiti itu.

Bagi pelajar jurusan seni pula, restoran tersebut memberikan password berupa not muzik. Agak-agaknya apa pula password wifi bagi yang ini ?

password wifi unik

Setakat ini hanya Nanjing University sahaja yang menawarkan password yang rumit buat pelajar. Namun atas sambutan yang memberangsangkan, ia mungkin akan digunakan di universiti lain di China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat