Gambar Muhammad al-Durrah Dijadikan Setem Bagi 7 Buah Negara Islam Bagi Memperingati Kesyahidan Beliau
Kisah Jamal al-Durrah dan Muhammad al-Durrah yang gugur syahid pada tanggal 30 September 2000 telah banyak menjentik hati manusia terutamanya orang Islam.
Mereka dirakamkan kerana mereka terperangkap dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Israel dan Palestin. Walaupun menjerit, merayu dan merintih agar dia dan anaknya tidak diapa-apakan, namun askar Israel tidak ambil peduli.
Namun sebaliknya melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mereka anak beranak. Keduanya-duanya syahid di situ juga. Pada hari tersebut 4 syahid dan 100 yang lain cedera di Nablus. Selain itu 167 orang cedera di kawasan Masjid Aqsa membantah Ariel Sharon masuk ke masjid.
Siapakah Muhammad al-Durrah?
Jamal al-Durrah (lahir pada tahun 1963) adalah seorang tukang kayu dan pelukis sebelum penembakan. Sejak itu, kerana kecederaannya, dia bekerja sebagai pemandu trak. Dia dan isterinya, Amal, tinggal di kem pelarian Bureij yang dikendalikan oleh APPPBBPPTD di Semenanjung Gaza. Pada tahun 2013, mereka mempunyai empat anak perempuan dan enam anak lelaki, termasuk seorang lelaki, Muhammad, yang dilahirkan dua tahun selepas penangkapan itu.
Insiden Muhammad al-Durrah berlaku di Semenanjung Gaza pada 30 September 2000, pada hari kedua Intifada Kedua, semasa rusuhan meluas di seluruh wilayah Palestin. Jamal al-Durrah dan anaknya yang berusia 12 tahun, Muhammad, difilemkan oleh Talal Abu Rahma, seorang jurukamera Palestin untuk Perancis 2.
Kesyahidan itu juga lah yang turut menggambarkan tentang kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel.
Walaubagaimanapun, mereka tidak mengaku bersalah malah menyalahkan pihak televisyen tentang peristiwa tersebut. Mereka mengata bahawa pihak televisyen telah memotong rakaman tersebut dan itu hanya protes dari para pemprotes.
Tidak lama kemudian Israel dengan angkuh mengeluarkan kenyataan…LELAKI ITU MENGGUNAKAN ANAK SEBAGAI PERISAINYA!
Setem ini dikeluarkan bagi memperingati peristiwa tersebut yang mana telah dikeluarkan oleh 7 buah negara Islam, Iran, Iraq, Jordan, Saudi, Tunisia, Yaman dan Maghribi.
Muhammad Durrah (1988–2000)