Betul Ke Ramai Tidak Tahu Kepentingan Pakai Sunblock/Sunscreen Untuk Elak Kanser Kulit?

Sumber Rujukan : Iman Abdul Rahim

Saya nak kongsi kepentingan memakai sunscreen dan sunblock yang ramai tidak tahu.  Apa beza sunscreen dan sunblock ini?

Untuk pengetahuan, sunscreen dan sunblock wajib dipakai setiap hari tau.

Kenapa kena pakai sunscreen?

  1. Tidak mahu kulit jadi sunburn, sun tan, gelap, hitam atau terbakar.
  2. Tidak mahu kulit berkedut dan nampak tua.
  3. Tidak mahu kulit ada pigmentation dan jeragat. Kebanyakan punca utama jeragat ni sebab tidak memakai sunscreen.
  4. Tidak mahu kena kanser kulit.

Apa beza sunscreen dan sunblock? 

Sunscreen dan sunblock adalah benda yang sama. Tetapi ada yang kata sunblock ni untuk mencegah sunburn (UVB)dan ada yang kata sunscreen ni untuk elak terkena kanser kulit, kulit berkedut dan pigmentasi (UVA).

Ada juga yang kata, sunscreen untuk kegunaan harian sebab dia tak melekit, sunblock pula digunakan ketika terdedah kepada matahari contohnya ketika ke pantai sebab dia agak melekit dan ada white cast(kulit jadi putih).

Tetapi sebenarnya, fungsi kedua-duanya adalah sama iaitu untuk menghalang pancaran matahari.

Perbezaan antara sunscreen dan sunblock hanyalah bergantung kepada nama yang diberikan oleh syarikat yang mengeluarkan kedua-dua produk itu.

Apa perbezaan ‘chemical sunscreen’ dan ‘physical sunscreen’?

  1. Physical sunscreen – mengandungi titanium dioxide atau zinc oxide.
  2. Chemical sunscreen – mengandungi oxyvebenzone, octinoxate, octisalate atau avobenzone. 

Mana lagi elok? Physical sunscreen atau chemical sunscreen?

Ada ramai orang yang suka pakai chemical sunscreen sebab lagi ringan untuk dipakai.

Kalau physical sunscreen kebiasaannya mempunyai white cast(kulit akan nampak kelabu/memutihkan kulit bila dipakai).

Tapi kalau untuk kulit yang sensitif atau berjerawat, disarankan untuk memakai physical sunscreen. Sebelum membeli suncscreen, pastikan periksa betul-betul bahan-bahan dalam sunscreen sebelum beli, supaya sesuai dengan kulit.

Apa beza UVA, UVB, PA, SPF?

  • UVA akan menyebabkan kanser kulit, kulit berkedut dan pigmentasi. Jadi, untuk elakkan semua itu, pastikan sunscreen mengandungi PA+++.
  • UVB akan menyebabkan sunburn, sun tan, gelap, hitam atau terbakar. Jadi, pastikan sunscreen yang dipakai mengandungi SPF30-SPF50.

Contoh pigmentasi:

Kepentingan Pakai Sunblock

Beza sun tan dan sunburn. Sun tan menyebabkan kulit jadi gelap, sunburn menyebabkan kulit jadi merah dan pedih.

Kepentingan Pakai Sunblock

Kalau tidak terdedah kepada matahari sekalipun, seeleoknya pakai juga sunscreen supaya kulit dilindungi, cantik, tak berkedut atau tua sebelum usia.

Berapa banyak kena pakai sunscreen ni?

Seeloknya dua jari.

Kepentingan Pakai Sunblock

Jangan lupa untuk memakai sunscreen setiap 3-4 jam. Jangan pulak merungut kalau kulit tetap jadi gelap walaupun dah pakai sunscreen.

Sunscreen yang sesuai untuk kegunaan harian?

SPF30-SPF50 sudah mencukupi.

Cara memilih sunscreen?

Pilih yang mempunyai perlindungan daripada UVA & UVB iaitu yang ditulis SPF & PA.

Kepentingan Pakai Sunblock

Contoh yang ini, dia ada tulis SPF50 dan PA++++.

Contoh sunscreen:

Semua ini boleh dibeli di kedai drugstore, iaitu Watson atau Guardian.

Kepentingan Pakai Sunblock

Bila nak pakai sunscreen?

Selepas memakai pelembap.

Macam mana nak pakai balik(reapply) sunscreen selepas 3-4 jam?

  1. Kalau duduk di tempat tertutup: Touch up menggunakan compact powder/foundation yang ada SPF pun sudah cukup.
  2. Kalau duduk di luar/berjemur: Kena tanggalkan solekan dan sapukan sunscreen semula. Tapi kalau malas nak cuci solekan tu, boleh cari sunscreen yang semburan je.

Kenapa kulit masih terbakar walaupun dah pakai sunscreen?

  1. Sunscreen tidak cukup SPF, kena SPF3-50.
  2. Tidak memakai dua jari sunscreen.
  3. Tidak memakai sunscreen selepas 3-4 jam. (reapply)

Kenapa kulit rasa melekit/panas selepas pakai sunscreen?

Sunscreen tidak sesuai dengan kulit.

Kesimpulannya, amalkan memakai sunscreen selepas baca artikel ini untuk mendapatkan kulit yang cantik, bebas dari jeragat, pigmentasi dan kanser kulit.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat