5 Tips Penting Buat Pengidap Kanser


Assalamualaikum wbt. Aku yakin dalam kalangan pembaca pasti ada yang sedang struggle melawan kanser dan ada juga yang mempunyai ahli keluarga, saudara mara atau sahabat yang sedang bergelar pejuang kanser. Kat sini aku just nak share sikit pasal macam mana nak stay strong and healthy masa melalui rawatan kanser. Aku bukan nak share tips nak sembuh sepenuhnya daripada kanser tau, just nak bagitau apa yang perlu seorang pesakit kanser boleh buat untuk mengurangkan penderitaan dia. Aku juga seorang pejuang kanser. Baru berusia 21 tahun. Hari ni cukuplah setahun aku berjuang melawan kanser. Aku masih belum sembuh sepenuhnya tetapi aku besyukur sebab keadaan aku bertambah baik dan penderitaan aku tak seteruk pesakit kanser yg lain. Walaupun pengalaman dan ilmu aku tak banyak, tapi aku terpanggil jugak nk share dgn dengan korang berkaitan tips penting buat pengidap kanser.

First sekali, untuk seseorang yg ditimpa kanser (atau penyakit fizikal yg lain) dia ada 3 pilihan: rawatan moden, rawatan islam dan rawatan tradisional/alternatif. Aku pilih untuk menggabungkan rawatan islam dgn rawatan moden. Bagi pendapat aku, rawatan tradisional/alternatif mempunyai kesan penyembuhan yg tak konsisten (ada yg berkesan ada yg tak) dan kesan sampingan yg tak diketahui. Terpulanglah kpd pendapat dan pilihan masing2. Tolong jangan kecam aku ya.

1. AIR KOSONG 2L-3L SETIAP HARI. Minum air kosong bukan utk cantik saja ya. Dalam kes pesakit kanser, air kosong berfungsi mencuci buah pinggang dan menyahtoksik bahan kimia dlm badan selepas rawatan chemotherapy. Hipotesis aku di sini: semakin byk air kosong diminum, semakin byk kencing. Hipotesis kedua: semakin byk kencing, semakin cepat toksik dlm badan hilang. Hipotesis ketiga: semakin cepat toksik dlm badan hilang, semakin cepat loya/mual/muntah2/pening surut. Lagi satu, air kosong ni sifat dia neutral. Pendapat sains mengatakan bahawa cecair dalam tubuh badan pesakit kanser ni lebih berasid berbanding orang biasa. Sel kanser semakin galak membiak dlm keadaan berasid ya. Sila jauhi minuman manis bergula sebab gula ni sifat dia asid. All in all, plain water sangat bagus untuk mengembalikan pH 7 dlm cecair badan. Tolong jauhi gula putih, gula perang, minuman berkabonat, 100 plus etc. Kalau nak jugak minum manis, buat milo kosong je okay, takpun perahkan setengah biji lemon dalam mug lps tu campur air panas & madu satu sudu besar. Masam manis sedap tau siap boleh melegakan mual. Takyah makan asam jeruk semua tu. Takde khasiat langsung.

kan5

2. MADU DAN AIR ZAM-ZAM Yes, yg ni kena datang seiringan sebab Rasulullah SAW memberi saranan supaya kita berubat dengan kedua-duanya. Makan madu lebah tulen at least 3 sudu besar sehari ya (pagi, petang, malam). Setakat ni, kajian sains tak jumpa lagi bukti kukuh yg menunjukkan bahawa madu sebagai penyembuh kanser, tapi dlm Al-Quran Allah dah bagitau awal-awal

“…Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia.” [An-Nahl : 69]

So terpulang kepada kita, nak percaya kata-kata manusia atau kata-kata Allah? Sistem pertahanan tubuh badan pesakit kanser (especially yg buat chemo) sangat rendah tau. Sangat mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk. Mintak tolong hati-hati ya, demam boleh meragut nyawa pesakit kanser (jangkitan kuman dlm darah/septicemia). Madu boleh kuatkan balik antibodi utk lawan jangkitan kuman. Alhamdulillah, sepanjang aku sakit ni mmg konsisten dgn madu dan hasilnya tak pernah demam. Batuk dan selsema ade lah kadang-kadang. PLEASE PLEASE jika anda ditimpa penyakit fizikal/rohani/mental, tolong dapatkan air zam-zam secepat mungkin. Sebelum minum pastikan baca Al-Fatihah 3x, selawat 3x, berdoa sungguh2 lepas tu baru minum. Amalkan pagi dan petang. Kelebihan air zam-zam sebagai penyembuh ni memang dinyatakan dlm hadis Nabi Muhammad SAW yg sahih. Kepada pesakit kanser yg tak start lagi beramal dengan air zam-zam, TOLONG MULAKAN DENGAN SEGERA.

kan6

3. JUMPA PENGAMAL PERUBATAN ISLAM/USTAZ, MOHON DOA & AMPUN DRPD IBU BAPA Kenapa mesti jumpa dengan perawat/ustaz? Tak boleh ke nak ruqyahkan diri sendiri? Ye boleh. Tetapi kita perlu bantuan orang yang lebih alim untuk mendoakan dan membacakan ayat2 ruqyah untuk kita. Doa mereka lebih makbul berbanding pendosa tegar seperti kita. Ada sesetengah perawat akan memberi saranan kpd kita utk mengamalkan surah2 tertentu utk penyembuhan kanser. Aku suka rawatan macam ni sebab aku jadi rajin baca Al-Quran setiap2 hari. Hati rasa tenang je. Tolong, tolong, kalau masih ada ibu bapa, mintak maaf kat diorang lepas tu mintak diorang doakan kesembuhan kita. Ibu bapa pon kena rajin buat solat hajat doakan anak-anak diorang yg sakit kanser. Doa korang sangat makbul! Bagi yang sudah kehilangan mereka, rajin-rajin kan lah sedekahkan Al-Fatihah dan Yasiin. Berkat tu kita juga yg dapat.

4. MULAKAN PERSEDIAAN UNTUK MATI Mostly pesakit kanser ni dilanda kemurungan. Kenapa Allah timpakan ujian ni untuk aku? Berkali-kali aku tanya soalan ni pada diri sendiri. Berkali-kali juga otak aku keluarkan jawapan yang berlainan. Aku selalu depressed, selalu rasa betapa malangnya nasib aku, betapa sedih mengenangkan pengajian yg tertangguh, cita2 yg belum tentu dapat dicapai, apakah ada peluang utk berumah tangga, mempunyai zuriat dan sebagainya. Last2, hati aku hanya akan tenang bila fikir “Lupakan cita-cita duniawi, mula bersedia untuk mati”. Bila dengar statement ni, mesti korang rasa eh dah give up ke apa? No, no, no. Ini dipanggil redha dan tawakkal. Kita serahkan masa depan kita dekat Allah dengan sebulat hati. Fikirlah macam ni, “Aku masih boleh bahagia walupun tak sihat, boleh berjalan, melihat & mendengar dah cukup bertuah” “Aku masih boleh bahagia walaupun takde orang nak dekat aku, ada ibu ayah dah cukup bertuah” “Aku masih boleh bahagia walaupun terpaksa tangguh pengajian/berhenti kerja, dapat berehat lama drpd stress study/kerja dah cukup bertuah”

kan2

Percayalah, bila mind kita dah set macam ni, ketenangan akan datang dgn sendiri. Kita akan dapat merasa nikmat dalam musibah kita. Bersyukurlah sebab Allah sedarkan kita awal-awal, supaya kita buat persediaan untuk mati. Kalau Allah matikan kita secara tiba-tiba (contoh: kemalangan), takde peluang pon nak bertaubat buat kali terakhir, bangun qiamullail, baca Al-Quran etc, bukan ke itu lebih malang? Sekarang ni lah masanya nak kembali kepada Allah. Buat persediaan seolah-olah kita nak final exam. Mesti kena lulus untuk masuk Syurga, kalau fail Neraka lah jawabnya.

a. Mulakan dengan slow2 tinggalkan maksiat, istighfar & solat sunat taubat setiap hari supaya dihapuskan dosa-dosa masa lalu.

b. Perkemaskan solat fardhu: cubalah untuk khusyuk (memahami makna bacaan) dan solatlah di awal waktu.

c. Mulakan mengqada’ solat fardhu yg pernah ditinggalkan masa muda-muda dulu.

Takkan kita nak heret dosa besar ni sampai ke alam kubur, padang mashyar kelak? Bayangkan betapa peritnya seksaan kubur nanti. Bayangkan betapa beratnya timbangan dosa kita nanti. Allahu. Berdoalah semoga Allah menerima solat qada’ kita. d. Sedekah seberapa banyak yg boleh. Nak ke kita mati meninggalkan harta yg banyak, tapi sikit pun tak pernah kita keluarkan untuk dijadikan saham akhirat? Itu lah rugi yang sebenar-benar rugi. Jangan lupa sedekah ni ada khasiat sebagai penyembuh penyakit tau. Ada banyak buku yg cakap mcm ni. e. Bangun bertahajud. Dalam byk2 mungkin ni yg agak mencabar. Ingatlah tahajud ni boleh menerangkan kubur kita nanti, memudahkan timbangan amal kita dan mempermudahkan kita melalui sirat al-mustaqim nanti. Selain tu, solat tahajud sgt diakui khasiatnya sebagai penyembuh penyakit. Gunakan peluang yg ada ni sebaik-baiknya. Ingat, mati itu pasti, bila-bila masa je. Kita kena sentiasa sedia (lagi2 kalau Allah dah kasi warning, please jgn buat dono!). Kita kena berusaha selamatkan akhirat kita, in shaa Allah juga akan selamatkan dunia kita.

5. SOKONGAN MORAL Memang betul Allah is the best listener. Tapi you know what, we cancer fighters cannot do this alone. Kami perlukan sokongan daripada ahli keluarga, saudara mara and sahabat2 kami. Tau tak ayat yang paling menenangkan untuk seorang pesakit kanser? “Jangan risau, saya ada. Saya takkan tinggalkan awak/mak/ayah” “Kalau rasa sedih, murung, ceritalah dekat saya. Saya sedia mendengar” Ayat-ayat ni macam biasa saja bunyinya kan. Tapi kesan dia seolah-olah memberi harapan untuk hidup kpd seorang pesakit kanser. Kalau korang ada ahli keluarga atau kenalan yg menderita kanser, tolong bagi sokongan macam ni dekat diorang ya. Jangan lupa peluk diorang sekali. Kami pesakit kanser amat memerlukan. Kalau ada mana-mana pembaca yg berniat nak tinggalkan pasangan anda yg menderita kanser, aku sarankan fikirkan balik betul-betul. Sokongan moral daripada anda ibarat bantuan pernafasan kpd pasangan anda. Jangan disebabkan anda melangkah pergi, dia ditimpa kemurungan, putus asa untuk hidup lepas tu meninggal dunia dlm keadaan berlinangan air mata merindui anda. Tidak mahukah anda menjadi pembakar semangat beliau untuk terus hidup? TOLONGLAH JANGAN TAMBAH DERITA SEORANG PESAKIT KANSER DENGAN KELAKUAN SELFISH ANDA.

 

Apa saja pilihan kita untuk berubat, ia hanya akan membuahkan hasil sekiranya kita amalkan secara konsisten. Selamat beramal & semoga sembuh. Sekian, terima kasih kerana membaca. Kalau ada salah kat mana-mana aku mintak maaf awal-awal & mohon tegur ya.

SUMBER : IIUM CONFERSSION

Tonton video dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat