Panjangkan dan Lebatkan bulu Mata seperti barbie doll


Patung Barbie dianggap sebagai ikonik bagi wanita yang menginginkan paras rupa jelita dan tubuh yang sempurna. Realitinya memang mustahil untuk menjadi  sempurna seperti Barbie Doll. Apalagi fizikal wanita terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan ketinggian.

Tak salah nak kan kecantikkan, tapi jangan terlalu obses ya. Mungkin satu-satunya kecantikan Barbie yang boleh anda manfaatkan kepada diri sendiri adalah dengan memiliki bulu mata selentik dan setebal Barbie Doll, patung tersebut adalah hasil kreativiti Ruth Handler

Untuk mendapatkan bulu mata tebal dan cantik terdapat pelbagai tips untuk memastikan bulu mata kekal tebal, panjang dan lentik tanpa bantuan mascara, bulu mata palsu mahupun teknik lash extension.

#1 Minyak Zaitun

Kenapa minyak zaitun? Haa untuk pengetahuan Minyak zaitun yang kaya dengan vitamin E, ia sangat baik untuk tujuan kecantikan mahupun kesihatan termasuklah bagi penjagaan bulu mata. Cara menggunakannya pun mudah sahaja, iaitu cuma perlu menyapunya pada bulu mata menggunakan teknik yang sama seperti memakai maskara.

#2 Aloe Vera/Lidah Buaya

Seperti yang anda sedia maklum, lidah buaya mempunyai banyak khasiat.Salah satunya ialah lidah buaya berupaya memanjangkan bulu mata secara efektif apalagi kalau mengamalkan setiap hari sebagai rutin setiap pagi. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena anak mata kerana amatlah pedih selain elak melekat pada kelopak mata kerana boleh menyebabkan gatal-gatal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, calitkan sedikit aloe vera gel pada cotton bud/atau berus mascara yang bersih dan kemudian sapu pada bulu mata seperti memakai mascara.

#3 Air Kelapa

Air kelapa bukan juga sedap diminum, ia boleh membantu dalam mendapatkan bulu mata yg tebal dan lebat. Haa. Jika air kelapa sudah terbukti boleh memanjangkan dan melebatkan rambut, tentu sahaja memberi kesan yang sama untuk bulu mata. Mudah sahaja caranya cuci wajah dengan air kelapa muda. Bukan sahaja bulu mata akan menjadi semakin lebat, bahkan kulit wajah bertambah halus. Haa secara tidak langsung dapat membuatkan kulit wajah bertambah halus lagi.

#4 Buah Keras/Kemiri

Tahu apa itu kemiri atau buah keras? Buah keras biasanya digunakan dalam masakan sebagai pelengkap rempah ratus. Namun ada rahsia di sebalik buah keras yang anda perlu tahu, di mana ia dapat membantu dalam melebatkan bulu mata. Caranya mudah, tumbuk buah keras sehingga halus lalu oleskan pada bulu mata secara berhati-hati kerana ia boleh mengakibatkan pedih mata. Ada juga yang mengatakan buah keras boleh menghasilkan minyak. Jadi panaskan buah keras sehingga menghasilakan minyak, kemudian sapu pada bulu mata secara perlahan-lahan.

Jika buah keras boleh melebatkan dan memanjangkan bulu mata, ai juga boleh disapu pada kening mungkin.

#5 Teh Hijau

Teh hijau biasanya digunakan sebagai penyubur rambut. Tetapi ramai yang tidak tahu ia juga boleh menyuburkan bulu mata. Caranya rendam teh hijau yang masih segar. Tambahkan sedikit air panas. Kacau sehingga terbit warna teh tadi, lalu celupkan kapas dan tekapkan pada sekitar bulu mata.

Jika tiada daun teh hijau, anda boleh menggunakan serbuk teh hijau.

#6 Minyak Kastor

Minyak kastor bertindak sama seperti minyak zaitun, minyak kastor juga membantu menebalkan bulu mata anda yang nipis. Cara memakainya mudah sahaja, sapukan minyak kastor di bahagian bulu mata sebelum tidur dan bersihkan keesokan paginya dengan menggunakan air suam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat