Petua Atasi Masalah Bibir Hitam Dan Kusam


Bibir hitam dan kusam? Jangan risau, kita ada penyelesaiannya. Masalah ini bukan sahaja disebabkan oleh tabiat merokok atau penggemar kafein semata-mata. Penggunaan gincu yang tak sesuai dan juga tidak mencuci bibir anda dengan sempurna selepas memakai gincu juga adalah puncanya.

Kami sediakan petua yang menggunakan bahan semula jadi yang anda boleh gunakan untuk mengatasi masalah bibir hitam dan kusam anda.

1. Air masak

air masak

  • Air masak dapat memerahkan bibir anda secara semulajadi dan juga dapat meningkatkan kesihatan kulit anda.
  • Air masak juga dapat mengelakkan badan kita daripada dihidrasi.
  • Untuk menjaga kesihatan badan anda, minumlah air masak secara konsisten.

2. Limau nipis

limau nipis

Limau nipis adalah bahan yang berasid jadi ia dapat membantu memudarkan warna hitam pada bibir anda.

  • Campurkan 2 sudu air limau nipis dan 2 sudu air suam dan sapukan pada bibir dan biarkan selama 10-15 mini, kemudian bilas menggunakan air suam.

3. Madu

madu

  • Sapukan madu pada bibir anda, setiap hari dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
  • Ataupun sapukan madu di bibir dan biarkan sepanjang malam, seeloknya sapukan sebelum tidur.

4. Air mawar

air mawar

  • Sebelum tidur, sapukan air mawar pada bibir anda. Untuk mendapatkan kesan yang baik, lakukan pada setiap hari.

5. Tomato

tomato

  • Potong tomato, ambil dan sapukan pada bibir anda. Jadikan ia sebagai rutin harian anda jika anda inginkan kesan yang maksima.

6. Minyak zaitun

minyak zaitun

  • Sediakan campuran madu dengan beberapa titis minyak zaitun ataupun gula dengan beberapa titis minyak zaitun. (Jika tiada madu, gunakan gula)
  • Sapukan campuran tersebut pada bibir anda dan biarkan seketika. Kemudian, bilas menggunakan air bersih.

7. Kunyit hidup

kunyit hidup

  • Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu, dan sapukan pada bibir anda. Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih.

8. Lidah buaya

lidah buaya

  • Sapukan gel lidah buaya pada bibir anda secara rutin.
  • Untuk dapatkan kesan yang lebih cepat, lakukan pada setiap hari secara konsisten.

9. Jauhi kafein dan merokok

  • Jauhi minuman seperti kopi kerana ia mengandungi kandungan kafein yang boleh menyebabkan bibir anda menjadi hitam.
  • Selain itu, tinggalkan tabiat merokok kerana rokok mengandungi nikotin yang boleh membuat bibir anda menjadi hitam.

10. Elakkan dari menjilat bibir

basahkan bibir

  • Buang tabiat suka menjilat bibir ataupun membasahkan bibir menggunakan air liur anda, kerana tabiat ini boleh menyebabkan bibir anda menjadi lebih cepat kering dan kelihatan pucat.
  • Unuk pengetahuan anda, enzim dalam air liur akan menghakis permukaan bibir anda, dan warna merah bibir anda akan menjadi semakin pudar.

Itulah antara petua-petua yang kami kongsikan kepada anda untuk anda mengatasi masalah bibir hitam atau kusam anda. Diharapkan ianya dapat membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat