Negara Yang Terpadat di Dunia


Negara Yang Terpadat

Kemajuan sesebuah negara jelas mempengaruhi kepadatan penduduk untuk menetap dengan pelbagai tujuan. Hampir setiap hari di dalam akhbar ataupun berita melaporkan kebanjiran pendatang asing ke bumi Malaysia.

Namun sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana masih mendapat keselesaan dalam kehidupan harian. Mengikut statistik, terdapat beberapa negara yang terpadat di dunia.

1. China

China merupakan negara yang pertama terkaya dengan GDP 25.31 trillion us dollar. Malah mereka juga negara yang terpadat di dunia dengan 1.41 billion juta orang . China merupakan sebuah negara yang mempunyai teknologi yang canggih serta mempunyai ketenteraan yang digeruni. Malah ia turut dianggap salah sebuah negara yang berkuasa di dunia. 73% penduduk China menganuti agama nenek moyang mereka. 15.87 % pula menganuti agama buddha dan lain lain.

2. India

India merupakan negara ke 7 yang terbesar di dunia dan merupakan keduasenarai negara yang terpadat dengan penduduknya. Ibu kota India ialah New Delhi, dan bahasa rasmi negara ini ialah Hindi dan Inggeris. 79.8 % penduduk menganut agama Hindu, 14.2 % menganut agama islam 2.3 % menganut agama kristian dan lain lain.

India adalah negara ketiga terkaya di dunia dengan GDP sebanyak 10.401 trillion us dollar, terletak di tangga ke dua negara paling banyak penduduk dengan 1.35 billion orang.

3. Amerika Syarikat

Negara ke 4 terbesar dan terkenal dengan kuasa besar di dunia serta terkenal dengan pelbagai industri termasuk teknologi dan hiburan. Negara ini banyak memainkan peranan di dalam membentuk ekonomi dan struktur politik dunia. Ibu kotanya adalah Washington, bahasa rasmi ialah inggeris, 73 % dari penduduk menganut agama kristian, 21.3 % tidak mempunyai agama, 2.1 % adalah yahudi, 0.8 % islam dan 2.9 menganut agama lain lain.

Amerika syarikat terletak di tangga ke dua di dalam senarai negara paling kaya dengan gdp 20.513 trillion dollar. Jumlah penduduknya sebanyak 326 juta orang mereka terletak di tangga ketiga negara terpadat di dunia.

4. Indonesia

Di tangga ke empat ialah negara jiran kita iaitu indonesia, satu satunya negara dari asia tenggara di dalam senarai ini, dengan jakarta sebagai ibukota bahasa rasmi mereka ilah bahasa indonesia namun begitu mereka mempunyai lebih dari 700 bahasa dengan 300 lebih etnik. 87.2 peratus penduduk indonesia menganut agama islam menjadikan mereka negara yang mempunyai paling banyak umat islam. 9.9 peratus pula menganuti agama kristian dan lain lain.

Di senarai negara terkaya, indonesia terletak di tangga ke 7 dengan GDP 3.496 trillion us dollar, di senarai penduduk paling pada di dunia pula mereka terletak di tangga ke 4 dunia dengan 266 juta penduduk.

5. Brazil

Seterusnya kita lihat sebuah negara yang terkenal dengan pelancongan dan bola sepak, iaitu brazil. Dengan ibu kota iaitu brasilia, bahasa rasmi mereka adalah portugis. 64.6 peratus dari penduduk brazil menganuti agama katolik. Selain dari destinasi pelancongan yang menarik antara tarikan utama di brazil adalah festival festival yang dianjurkan menjadikan antara penyumbang ekonomi terbesar mereka ialah industri pelancongan.

Brazil terletak di tangga ke 8 negara paling kaya di dunia dengan GDP 3.371 trillion dollar di bawah indonesia dan di atas United Kingdom, di dalam senarai penduduk terpadat di dunia pula mereka terletak di tangga ke 5 dengan 210 juta penduduk.

6. Pakistan

Dengan ibu kota dikenali sebagai Islamabad, bahasa rasmi Pakistan ialah inggeris dan urdu. 96 % dari penduduk pakistan menganut agama islam, sementara 1.85 % menganut agama hindi, 1.5 % pula menganut agama kristian dan lain lain.

Negara ini juga mempunyai masalah pengganas yang bersembunyi di kawasan gunung dan gua di sekitar pendalaman negara tersebut. Pakistan terletak di tangga ke 25 negara terkaya dengan GDP 1.148 trillion us dollar di atas Malaysia. Senarai penduduk terpadat pula negara ini terletak di tangga ke 6 dengan 200 juta penduduk.

7. Nigeria

Negara yang dikenali sebagai pengeluar minyak mentah paling besar di daerah afrika. Namun ia bukan sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi kerana negara ini terkenal dengan gerakan pengganas boko haram. Ibu kota yang dikenali sebagai Abuja, bahasa rasmi mereka ialah inggeris. 51% penduduk nigeria menganuti agama kristian, dengan 47.8 % menganuti agama islam dan 1.1 % agama lain.

Nigeria terletak di tangga ke 24 dunia senarai negara terkaya dengan GDP 1.16 trillion us dollar. Nigeria adalah negara ketujuh paling padat di dunia dengan jumlah penduduk sebanyak 195 juta orang.

8. Bangladesh

Bangladesh sebuah negara terletak di asia yang kaya dengan sumber semulajadi dan sumber laut. Ibu kota dikenali sebagai Dhaka, bahasa utama mereka ialah bahasa Bengali, 90 % penduduk mereka menganuti agama islam diikuti dengan agama lain seperti hindu sebanyak 9.5 %, buddha 0.6 % dan kristian 0.4 %

Senarai negara terkaya Bangladesh terletak di tangga ke 31 dengan GDP 758.2 billion us dollar. Manakala senarai populasi negara terpadat pula Bangladesh terletak di tangga ke 8 senarai negara yang terpadat dengan penduduk sebanyak 166 juta orang.

9. Russia

Negara russia adalah negara terbesar sekali di dunia dengan populasi penduduk mereka terletak di tangga ke 9 dengan 143 juta penduduk. Negara ini antara negara yang digeruni kerana memainkan peranan penting di dalam kedua dua perang besar dunia iaitu perang dunia pertama dan perang dunia ketiga.

Menjadi negara ke 4 terkaya di dunia dengan gdp 4.1 trillion us dollar. Bahasa russia sebagai bahasa rasmi, dengan kristian ortodox agama yang paling banyak dianuti oleh penduduk mereka iaitu sebanyak 42.5 % diikuti dengan agama agama lain.

10. Mexico

Mexico city adalah ibu kota Mexico. Ia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak kawasan bergunung ganang dan hutan rimba. Dengan bahasa sepanyol sebagai bahasa rasmi, 83 % penduduk di Mexico adalah penganut agama katolik. Mexico adalah negara ke 11 paling kaya di dunia dengan GDP sebanyak 2.5 trillion us dollar.

Industri ekonomi yang menjadi penyumbang terbesar bagi negara tersebut ialah makanan dan minuman khususnya alkohol. Antara isu yang hangat melibatkan mexico ialah kemasukan pendatang tanpa izin ke amerika syarikat dan juga penyeludupan dadah, perkara ini yang membuatkan presiden amerika Donald Trump yang mahu membina pagar untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin dari Mexico. Pada tahun 2018 populasi di Mexico mencecah sehingga 180 juta orang menjadikan negara tersebut ke 10 dalam senarai negara yang terpadat.

 

Sumber: kupikupigo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat