5 Sebab Kenapa Anda Perlu Membuang Barangan Yang Tidak Diperlukan Dalam Hidup Anda
Barangan di sini membawa maksud kepada segala kekusutan yang melanda diri anda.Contohnya, seperti barangan terpakai yang berlonggokan, email yang memenuhi inbox anda, dan lain lain keperluan yang tidak diperlukan lagi.
Tidak dinafikan ramai dikalangan kita terlalu sayang untuk membuang barangang barangan lama kerana mereka merasakan barangan itu mungkin diperlukan suatu hari nanti.
Malah ada antara anda terlalu malas untuk mengemas barangan yang tidak diperlukan lagi. Mereka membiarkan sahaja ia terkumpul di sesuatu tempat itu. Dan ada juga yang merasakan setiap barangan itu menyimpan sejuta memori di dalamnya.
Namun tahukah anda bahawa bagi sesiapa yang membiarkan barangan seperti ini terkumpul boleh dikaitkan dengan mempunyai masalah mental.
Tabiat ini dikenali sebagai “Hoarding disorder”. Walaupun ia tidak diiktirafkan secara umumnya sebagai satu masalah mental yang serius namun ia boleh menjadi punca kepada masalah mental yang lain dan menjadi salah satu sebab masalah mental yang serius boleh berlaku seperti bipolar disorder, kemurungan dan socia anxiety.
5 kesan daripada menyimpan barangan ini:
1. Tertekan
Apabila berdepan dengan situasi yang terlampau bersepah dan berserabut, seseorang mungkin boleh mengalami masalah tekanan jiwa.
Jika segala barangan dibiarkan begitu sahaja seperti peribahasa ‘sikit sikit lama lama menjadi bukit’ seperti itu juga keadaan barangan yang disimpan sehingga suatu saat nanti tiada lagi tempat untuk anda menyimpan barangan tersebut.
2. Pemakanan yang tidak sihat
Kajian menunujukkan bahawa seseorang akan gemar untuk makan makanan ringan apabila berdepan dengan situasi yang berselerak.
Ia mendorong kepada tekanan yang berterusan dan seterusnya membuatkan seseorang mengambil makanan yang tidak sihat.
3. Tidak Produktif
Tabiat ini menghasilkan sifat tidak produktif dalam hidup anda. Ia membuatkan anda terlalu penat untuk memikirkannya dan menjadikan faktor kemalasan sebagai punca anda tidak mengemas.
4. Kurang memahami orang lain
Dengan wujudnya timbunan barangan ini membuatkan anda semakin sukar untuk memahami perasaan orang di sekeliling anda. Anda hanya ingin mengetahui apa kata hati anda sahaja dan menghiraukan keadaan sekeliling anda.
Dalam kata lain anda sedang memencilkan diri anda tanpa ingin mengambil tahu tentang komunikasi yang berlaku antara orang orang disekeliling anda.
5. Kurang Berfikir
Apabila keadaan ini berlaku, pemikiran anda semakin sempit dan rendah. Anda tidak dapat memproses sesuatu perkara yang besar dan di luar daripada kotak pemikiran anda.
Anda juga akan menjadi semakin pelupa kerana terlampau banyak barang yang anda ada sehinggakan anda tidak dapat mengingati di mana letakknya sesuatu barangan yang anda perlukan.
Oleh itu, pastikan hanya barangan yang diperlukan sahaja yang berada dalam simpanan anda. Jika anda terlampau sayang untuk membuangnya pastikan anda menyimpan barangan berkenaan di tempat yang betul dan dalam keadaan yang tersusun dan kemas.
Anda bukan sahaja menyenangkan mata yang melihat, malah anda membantu diri anda untuk kekal lebih sihat untuk menjalani kehidupan seharian yang normal.