Dajjal Dah Nak Muncul , Sedar Atau Tidak ?


Hari ni mood sy agak ‘gloomy‘ skit. Yela semalam dah dikejutkan dengan kematian 84 orang yang dilanyak oleh sebuah Trak di Paris. 10 daripadanya adalah kanak-kanak dan pemandu trak tersebut beragama Islam! Walaupun pemandunya ada rekod jenayah sebelum tu tetapi agama tetap dikambing hitamkan sebagai motif utama kejadian tu!

daj5

Bangun pagi-pagi pulak dikejutkan dengan cubaan untuk menggulingkan Presiden ke 12 Turki, Erdogan oleh pihak tentera. Tentera Turki ni memang pantang sikit kalau ada pemimpinnya yang taknak berhukum dengan hukum sekular ni. Alhamdulillah berita yg saya baru terima sekarang katanya cubaan rampasan kuasa ni dah berjaya dipatahkan.

Hati-hati dengan media pro Barat seperti CNN, guardian, rt , fox news, washington post dan bbc. Mereka ni kan macam sengaja nak gambarkan seolah-olah Turki ni masih kacau bilau tahap darurat padahal takde la seteruk tu. Kalau boleh ambil maklumat ke berita ke dari sumber yang boleh dipercayai macam Al Jazeera dan Daily Sabah. Sumber berita daripada mereka lebih telus dan neutral sikit.

daj3

Kebetulan tadi pergi ambil bini baru balik dari hospital. Baru habis oncall semalam. Bila saya cerita dua berita gempar ni muka bini saya dah jadi lain dah. Saya cakap la ” Betul la abang pernah dengar dari seorang orang soleh ni. Dia cakap sebelum Imam Mahdi muncul akan ada perang di Syria. Selepas Syria akan berlaku pula perang di Turki dan selepas tu Imam Mahdi akan muncul “. Sebenarnya saya tak terlalu ambil serius sangat benda ni sebelum ni. Sebab waktu sy dengar cerita ni Turki tak bergolak sepertimana sekarang.

Saya pun sambung la cerita cerita rahsia sebelum Dajjal turun nanti. Saya bagitahu dia tentang akan berlaku kemarau teruk sebelum Dajjal turun. Waktu tu kita dah tak boleh pertahan anak bini dah. Nafsi nafsi dah. Kau diri kau. Aku diri aku. Bila Dajjal turun nanti dia akan keliling satu dunia. Dia akan kuasai seluruh tempat yg ada kat atas muka bumi ni kecuali Mekah dan Madinah. Tu pun nanti orang munafik akan keluar beramai ramai daripada dua kota suci tu dan pergi kepada Dajjal.

Habis tu nanti camne anak kita bang? Kita solat pun tak jaga betul lagi. Abang ada 2 orang perempuan yg lemah ni abang nak jaga. Nabilah dan Maryam. Dan juga seorang lelaki. ” sambil dia usap usap baby 36 minggu yang masih dalam perut dia tu.

Saya sempat juga pesan kat isteri untuk bersiap sedia dari sekarang sebab perang ni bila-bila boleh berlaku. Ideologi Isis sekarang dah perlahan lahan masuk ke Malaysia. Orang luar nak serang Malaysia pn senang dah sekarang dengan alasan nak serang kubu Isis. Kebetulan dia mengeluh penat balik oncall, pesakit tak putus putus datang. Saya nasihat lagi sebenarnya kerja doktor ni akan sangat-sangat vital bila perang sedang berlaku. Ratio penduduk Malaysia dan doktor sekarang masih 1 : 600. Seorang doktor nak kena cover 600 orang kalau ditakdirkan perang berlaku secara tiba-tiba kat Malaysia ni!

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Masa tu la kita akan rasa betapa berharganya kerja sebagai doktor kan. Alhamdulillah isteri saya dah sedikit tenang sekarang walaupun dia masih termenung jauh. Cuma saya ada bagitahu satu rahsia kat dia. Ni seorang ustaz yg bagitahu saya. Walau apa pun terjadi, pintu taubat masih terbuka sampai la matahari terbit di sebelah Barat.

Ada tanda-tanda yg akan terjadi sebelum matahari tu nak terbit kat sebelah Barat. Ni tak ramai yg tahu kata Ustaz tu. Tanda matahari nak naik sebelah Barat nanti katanya bumi akan bergelap selama 3 hari. Ada setengah hadis sebut 2 hari. Ada setengah lagi sebut 3 hari. Ulama’ buat kesimpulan akan ada sebahagian negara akan bergelap selama 3 hari dan sebahagian negara yg lain pula akan bergelap selama 2 hari.

Jadi bila dah jadi camtu ustaz tu minta kita fokus betul-betul mintak ampun pada Allah. Sebab once matahari dah naik sebelah Barat, no way man! Jadi ape nak buat sekarang? Ustaz tu pesan, sekarang ni bykkan hadiri majlis ilmu dan hafal betul-betul 10 ayat pertama dan terakhir surah Al Kahfi. Tu je benteng terakhir yg kita ada.

daj1

daj2

8 komen untuk “Dajjal Dah Nak Muncul , Sedar Atau Tidak ?”

  1. ZUL says:

    Ianya mmg sgt menarik perhatian sy . Saya insaf utk seketika

    1. mm kid_ Editor says:

      Alhamdulillah

  2. Makkeng says:

    Setelah membaca artikel ini , sy telah bertaubat & mula utk bljr solat

    1. Mino says:

      Alhamdulillah .

    2. mm kid_ Editor says:

      Alhamdulillah

  3. Pala pak hg says:

    Dajjal tu species manusia mcm kau la . Yang tak mampu nak dpt info tapi fitnah je . Isis pengganas la apa la kau tak tau bab perang ke anak didik dajjal ?

  4. Pala pak hg says:

    Yang islam yang percaya media barat ni lagi dajjal sebenarnya . Bengap tapi nak jugak buat blog . Pandai menulis dalam blog tapi tak nmpk benda apa jadi pon tak guna sembang . Pembuka pintu fitnah mcm kau ni memang tak guna .

  5. Pala pak hg says:

    Dajjal ni mata sebelah buta .
    Mata sebelah buta ni mcm hg la .
    Tak nmpk apa jadi pastu ckp isis ni dajjal la apa la .
    Tahniah islam secular dah masuk perangkap kristian dengn percaya media dorg .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat