“Dah Serupa Kedai Tomyam ! Siapa Punya Idea Ni ?” Netizen Tak Setuju Tadika Dihias Lampu Neon, Boleh Sakit Mata !
Pelbagai cara dilakukan oleh para guru untuk menaikkan semangat murid-murid untuk ke sekolah. Antara cara yang sering dilakukan ialah dengan menghias ruang kelas bagi menceriakan suasana ketika belajar.
Terbaru, beberapa keping foto memaparkan sebuah kelas tadika dihias lampu neon menarik tumpuan warganet.
Gambar tersebut didapati tular di Twitter serta mengundang reaksi berbaur dari netizen.
Seorang pengguna Twitter @arcx13 memuatnaik gambar tersebut sambil luahkan rasa tak bersetuju atas hiasan dalaman yang kurang sesuai akibat terlalu banyak menggunakan lampu neon.
Maaf, tak setuju. Anak-anak kecil ni janganlah kita jahanamkan mata dan kesihatan mereka. pic.twitter.com/9ky9jdtisl
— ڤݢاواي ڤسيكولوݢي (@arcx13) March 9, 2022
“ Maaf, tak setuju. Anak-anak kecil ni janganlah kita jahanamkan mata dan kesihatan mereka.”, ciap pengguna tersebut.
Meskipun tidak bersetuju dengan idea rekaan para guru, beliau tetap hargai usaha yang para guru telah lakukan untuk menyerikan kelas.
Beliau juga yakin 99% daripada peruntukan untuk menghias kelas ini tidak datang dari sumbangan kerajaan.
“Usaha keras para guru kadang kala tidak semestinya bermanfaat. Kita perlu maklumkan pada mereka apa yang perlu dibaiki berbanding terus mengecam hiasan kelas yang seakan kedai tomyam atau pub.”, jelasnya.
Rimas, Serabut Dengan Lampu Neon. Mata Pun Sakit !
Susulan itu, kenyataan dari lelaki ini turut dipersetujui oleh ramai warganet.
Sebagai orang dewasa, sesetengah netizen turut akui tidak selesa dengan tadika dihias lampu neon yang terlalu banyak dalam satu ruang. Apatah lagi kanak-kanak, kan ?
Selain itu, netizen juga berpendapat pencahayaan sebegini dilihat tidak sesuai untuk suasana pembelajaran. Ia bukan sahaja menyakitkan mata, malah pemasangan lampu neon dikatakan boleh mengundang rasa mengantuk.
Rata-rata warganet juga berpendapat hiasan dalaman dengan lampu neon ini mengingatkan mereka kepada pusat hiburan seperti kelab malam, pusat karaoke.
Tak kurang juga sesetengah netizen turut menyamakan tadika dihias lampu neon ini seperti kafe dan kedai tomyam.
Warganet juga berpendapat tema kartun pasti lebih sesuai untuk kanak-kanak dan lebih sebati dengan jiwa mereka.
Apa pendapat anda mengenai hiasan unik kelas prasekolah ini ? Menurut anda, apakah perubahan yang perlu dilakukan supaya hiasan dalaman lebih sesuai dengan kanak-kanak tadika ?