Top 5 Syarikat Yang Rakyat Malaysia Mahu Kerja

Sumber Rujukan : afterschool

Untuk mendapatkan pekerjaan yang anda suka amatlah sukar di waktu ini. Terutama sekali graduan yang baru saja keluar ke alam pekerjaan. Sehubungan dengan itu, Jobstreet telah mengeluarkan top 5 syarikat yang menjadi buruan rakyat Malaysia. Berikut merupakan hasil yang telah didapati oleh Jobstreet.

5. AirAsia

Syarikat penerbangan tambang murah ini merupakan perintis dalam industri penerbangan tambang murah dan sekarang merupakan kuasa besar syarikat penerbangan di Malaysia. AirAsia yang beroperasi domestik dan juga antarabangsa mempunyai lebih dari 165 destinasi yang merangkumi 25 buah negara dan juga telah konsisten dinamakan sebagai penerbangan tambang murah terbaik dunia selama 8 tahun berturut-turut di anugerah penerbangan antarabangsa, termasuklah anugerah paling terbaru pada tahun 2016.

4. Sime Darby

Sime Darby adalah syarikat konglomerat multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti. Dengan pendapatan yang mencecah RM44 billion dan juga keuntungan sebanyak RM3.1 hanya pada tahun lepas, maka tidak hairanlah mengapa banyak rakyat Malaysia ingin bekerja dengan syarikat itu.

3. Shell Malaysia

Syarikat multinasional minyak dan gas British-Dutch ini berpengkalan ni Belanda dan diperbadankan di United Kingdom. Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 gergasi dalam industri minyak dan gas dan juga merupakan syarikat ke-6 terbesar di dunia berdasarkan pendapatan pada 2016 (terbesar di eropah). Sedikit info tambahan, logo syarikat Shell yang juga dikenali “pecten” merupakan salah satu logo yang paling dikenali di dunia.

2. Petronas

Syarikat yang pernah menjadi syarikat yang paling rakyat Malaysia minat untuk bekerja pada tahun lepas kini berada di tangga kedua. Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai PETRONAS ini tersenarai dalam 500 syarikat terbesar di dunia oleh Fortune Global. Fortune meletakkan Petronas pada tempat ke-75 syarikat terbesar di dunia pada 2013. Fortune juga menyenaraikan Petronas sebagai syarikat ke-12 paling untung di dunia dan no-1 di Asia.

1. Google Malaysia

Syarikat yang merampas tempat Petronas pada tahun 2017 ini adalah tidak lain dan tidak bukan syarikat gergasi dunia Google. Google.com merupakan website yang paling kerap di kunjungi oleh pengguna internet di seluruh dunia. Google merupakan jenama kedua yang paling mendatangkan keuntungan di dunia selama 4 tahun berturut-turut. Sudah semestinya syarikat gergasi ini menjadi impian kerjaya yang ideal bagi rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat