Pekerjaan Yang Pernah Dilakukan Oleh Ahli Politik Sebelum Memasuki Bidang Politik

Sumber Rujukan : says.com

Pernahkah anda terfikir apa yang dilakukan oleh Ahli politik sebelum mereka menceburi bidang politik Malaysia yang penuh dengan liku-liku ini? Berikut merupakan ahli politik Malaysia dan pekerjaan mereka.

1. Dato’ Sri Najib Razak

Selepas graduate daripada Universiti Nottingham di England dengan ijazah sarjana muda industri ekonomi, beliau telah pulang ke Malaysia pada tahun 1974. Beliau berkhidmat sementara di Bank Negara dan selepas itu beliau bekerja untuk Petronas sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.

Bagaimanapun, penglibatan beliau dalam dunia koporat tidak kekal lama. Selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak pada tahun 1976, beliau telah dipilih untuk menggantikan kekosongan kerusi parlimen yang di tinggalkan oleh ayahnya. Beliau menang pemilihan  tersebut dan menjadi Ahli Parlimen pada usia yang muda iaitu 23 tahun, dan mempertahankan kerusi di Pekan sehingga sekarang.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad

Pada zaman kanak-kanak, Tun pernah menjual kopi, goreng pisang kerana sekolah ditutup semasa pendudukan tentera Jepun di Malaya masa perang dunia ke-2.

Beliau meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura, dimana beliau berjumpa dengan bakal isteri beliau Siti Hasmah Mohammad Ali. Beliau juga pernah berkhidmat dalam kerajaan sebagai doktor. Pada tahun 1957, beliau telah pulang ke Alor Setar untuk mula melabur dalam pelbagai bisnes.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim, pengasas Parti Keadilan Rakyat dan juga bekas Ketua Pembangkan ini telah aktif dalam politik semenjak bergelar pelajar lagi. Sebagai pelajar Universiti Malaya, Anwar merupakan President of the National Union of Malaysian Muslim Students (1968 – 1971). Pada tahun 1974, Anwar telah ditangkap semasa protes pelajar yang menentang kemiskinan luar bandar di Baling, Kedah. Beliau telah di penjarakan di bawah Internal Security Act (ISA) selama 20 bulan di Pusat Tahanan Kamunting.

Selepas di bebaskan, beliau telah dipilih untuk mewakilkan Asia Pacific untuk Perhimpunan Remaja Muslim Sedunia (1975 – 1982). Beliau secara rasminya memulakan kariernya dalam kerajaan semasa bersama UMNO pada tahun 1982 yang kemudiannya diketuai oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.

4. Ahmad Zahid Hamidi

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid merupakan banker untuk OCBC dan juga berkhidmat sebagai salah seorang pengarah Bank Simpanan Nasional (1995 to 1998) dan Permodalan Nasional Berhad.

Beliau juga pernah menjadi eksekutif pemasaran untuk Amanah Saham Nasional Berhad, pengarah eksekutif untuk Scandinavian Motors Sdn Bhd, CEO di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad, Pengerusi Ramatex Berhad dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (1999).

5. Dr. Wan Azizah

Dr. Wan Azizah berkhidmat sebagai doktor kerajaan selama 14 tahun selepas menamatkan pelajaran di Royal College of Surgeons di Ireland sebagai ophthalmologist. Apabila suami beliau Anwar Ibrahim di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993, Dr. Wan Azizah memutuskan untuk fokus pada kerja-kerja sukarelawan. Beliau juga menjadi penaung kepada Pertubuhan Kanser Kebangsaan (MAKNA) pada ketika itu.

Beliau memulakan langkah pertama dalam menceburi bidang politik apabila suami beliau di tangkap pada tahun 1998. Beliau kemudiannya membantu untuk menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999 dan kemudiannya menjadi presiden pertama parti.

6. Rafizi Ramli

Walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal di University of Leeds, kerja pertama beliau bersama firma akauntan yang berpengkalan di UK sambil mengambil kertas professional untuk layak bergelar akauntan diiktiraf di bawah ICAEW pada masa yang sama.

Pada tahun 2003, beliau telah pulang ke Malaysia untuk bekerja dengan Petronas sehingga 2009. Beliau kemudiannya menjadi Penguru Besar Pharmaniaga pada bulan Ogos 2009, sebelum di lantik sebagai Chief Executive Selangor Economic Advisory Office, sehingga Julai 2012.

7. Lim Guan Eng

Lim Guan Eng merupakan graduan dari Monash University di Australia dengan ijazah sarjana ekonomi, dan pada tahun 1983, beliau telah menjadi akauntan professional yang berkelayakan. Sebelum memasuki bidang politik, beliau telah berjaya mendapatkan jawatan eksekutif senior.

Tetapi tidak lama sebelum beliau mengikut jejak langkah ayahnya Lim Kit Siang. Pada tahun 1986, Lim Guan Eng telah di pilih menjadi MP Kota Melaka selepas menewaskan Soh Chin Aun.

8. Tuan Guru Haji Hadi

Tuan Guru Haji Hadi merupakan graduan Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah dari tahun 1974-1976.

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu. Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad.

9. Azmin Ali

Menteri Besar Selangor ini pernah mengajar matematik semasa beliau sedang belajar di peringkat Master.

Sambil menyambung pengajian di tahap Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Minnesota, Azmin Ali sempat untuk mengajar subjek matematik moden dan metematik tambahan. Beliau juga pernah mengambil kursus di Universiti Oxford. Beliau mula bekerja untuk Anwar Ibrahim, seterusnya menjadi menteri di bawah pimpinan Mahathir dalam Barisan Nasional.

10. Azalina Othman Said

Azlina Othman memulakan karier beliau sebagai pembantu undang-undang di Messr Raja Darryl & Loh law firm. Dia kemudiannya menjadi rakan kongsi untuk Azalina Chan & Chia law firm (1994-2001).

Sebelum terlibat dalam bidang politik, beliau juga pernah menjadi hos rancangan televisyen seperti “Dateline Malaysia” dan “Lidah Pengarang” di ntv7 yang membicarakan tentang politik, ekonomi, dan juga isu sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat