Mustapa Mohamad (Tok Pa) Mengatakan Bahawa Beliau Tidak Akan Mengosongkan Kerusi Parlimen Jeli


“Saya tidak akan mengosongkan kerusi parlimen Jeli yang dipegang sekarang meskipun terdapat desakan daripada beberapa pihak untuk berbuat demikian”, Datuk Mustapa Mohamad. Beliau mendapat desakan tersebut setelah mengumumkan untuk keluar UMNO pada 18 September lalu.

Mustapa Mohamad

Bekas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas dan memperjuangkan kepentingan rakyat terutamanya di kawasan yang diwakilinya. Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Jeli kerana menerima penghijrahan beliau menjadi anggota Parlimen Bebas.

“InsyaAllah saya akan terus berjuang demi mereka. Saya tidak akan letak jawatan (sebagai Anggota Parlimen Jeli) seperti didesak beberapa pihak. Saya akan memperjuangkan kepentingan rakyat dalam dewan dan di luar dewan,” katanya ketika memulakan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa Mohamad atau lebih mesra dipanggil dengan nama panggilan Tok Pa menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosong kerusi parlimen tersebut semata-mata untuk memenuhi desakan yang diterima oleh beliau.

Beliau yang meninggalkan UMNO pada September lalu atas dasar kerana menganggap bahawa hala tuju parti itu tidak lagi sehaluan dengan prinsip politik yang dipegang beliau selama 40 tahun berkhidmat dengan parti itu.

” Apabila saya sudah buat keputusan, saya akan umumkan kepada dunia” jawab beliau kepada celahan yang dibuat oleh R.S.N Rayer (PH – Jelutong) yang memuji beliau meninggalkan UMNO dan seterusnya mempelawa Tok Pa untuk menyertai PH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat