Ketahui 5 Khasiat Halba yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan wanita

Sumber Rujukan : Facebook/Zaimahzakaria

Halba atau hulbah memiliki bahan aktif yang sangat baik untuk kesihatan wanita. Di dalam Al-Quran juga banyak menceritakan tentang kebaikan dan khasiat  halba.

Di terengganu halba di gunakan di dalam masakan nasi dagang manakala di melaka pula ia di gunakan dalam masakan asam pedas. Halba ini juga adalah baik untuk meningkatkan stamina, kecerdasan serta menstabilkan gula di dalam darah. Halba boleh menurunkan nilai kolestrol di dalam badan seseorang.

khasiat halba

Rasulullah saw bersabda :

‘ Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ‘(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

‘ Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunan dan khasiat halba:

1. Diminum sebagai teh untuk

– Melancarkan haid
– Menghilangkan kembung,sebu dan senak
– Pencuci perut
– Menguatkan jantung
– Menghilangkan lender tekak
– Melegakan sakit kepala/ migraine
– Membuang angin
– Menyembuhkan buasir
– Senggugut
– Merangsang rahim
– Kegemukan
– Kurang berat badan
– Mengawal kencing manis
– Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

– Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
– Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh

– kecergasan
– kekuatan badan
– Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

– Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Dalam bahasa lain halba mempunyai nama yang berlainan seperti:

Cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam

Bagaimana cara untuk mendapatkan Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.

Cara-cara menggunakan Halba

  • Goreng halba tanpa minyak – jgn plak sampai hangus.
  • Masukkan dalam bekas.
  • Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum.

Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu.

Sila baca dan sebarkan. Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat