Jenis-Jenis Darah Rare Dan Jarang Dijumpai Di Malaysia


Jenis darah dikategorikan mengikut kehadiran antigen iaitu protein yang terdapat dalam darah. Terdapat 35 jenis kumpulan darah di dunia namun secara umumnya, 4 jenis darah yang biasa ditemui iaitu A, B, O dan AB.

Di samping jenis darah, faktor Rh juga boleh ditemui sama ada Rh- atau Rh+ dalam darah.

The American Red Cross mengkategorikan darah sebagai rare atau jarang dijumpai apabila ia terdapat 1 dalam 1,000 orang.

Individu yang mempunyai jenis darah rare yang jarang dijumpai boleh menyukarkan proses penerimaan darah atau prosedur menerima organ.

Ia juga boleh boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan. Contohnya apabila seorang wanita dengan jenis darah rare didapati sering mengalami komplikasi ketika bersalin.

Oleh sebab itu, aktiviti derma darah dari orang ramai adalah amat penting bagi menyelamatkan nyawa. Lebih-lebih lagi jika anda miliki jenis darah yang rare, ia dikira sangat istimewa dan cukup berharga untuk membantu pesakit lain dengan jenis darah yang sama.

darah rare sangat sukar dijumpai di kalangan rakyat malaysia

Jika seseorang menerima darah yang tidak sesuai, ia boleh menyebabkan reaksi sistem pertahanan badan yang boleh mengancam kesihatan. Oleh itu, kita perlulah ketahui jenis darah yang sesuai untuk diderma dan diterima.

Kalau nak tahu, negara kita pun pernah mencatatkan kisah-kisah mengenai penemuan darah rare ! Sangat mengejutkan namun ianya mampu menyelamatkan nyawa pesakit di saat-saat genting.

Jom kita kenali jenis-jenis darah yang jarang ditemui di Malaysia !

Darah Rh 17

Pada tahun lepas, darah rare dari kumpulan kecil etnik Bidayuh ini mendapat perhatian netizen. Darah jenis Rh17 milik Pehan anak Majis telah diterbangkan dari Sarawak ke Johor Bahru bagi membantu seorang ibu mengandung yang perlu jalani pembedahan Caesar.

darah rh17 merupakan antara paling rare di malaysia

Darah Rare No.1 Di Dunia – RhNull (Golden Blood)

Kategori darah ini dikira jenis darah yang paling rare. Setakat ini, hanya 43 orang di dunia sahaja yang miliki darah jenis ini ! Antaranya ialah seorang wanita yang berasal dari Terengganu.

Penemuan ini juga telah mendapat liputan akhbar yang cukup meluas. Rata-rata netizen juga tidak menyangka bahawa ada rakyat Malaysia yang miliki darah ini.

Menurut Australian Academy of Science, darah ini juga dikenali sebagai Golden Blood kerana keunikannya tersendiri. Berbanding darah jenis lain, darah RhNull tidak mengandungi sebarang protein Rh antigen dalam darah.

darah rare golden blood ditemui di Terengganu

Darah Bombay (Hh)

Dianggarkan hanya 4 dalam sejuta orang sahaja yang dimiliki darah Bombay. Darah yang mempunyai kumpulan Hh ini ditemui di Bombay (Mumbai,India) pada tahun 1952.

Ia juga biasanya ditemui dalam kalangan masyarakat India, Asia Barat dan Afrika. Berdasarkan statistik tahun 2017, dilaporkan tidak sampai 30 orang di Malaysia yang mempunyai darah Bombay.

Darah Jenis Ganjil Lain Di Malaysia

Menurut Blood Bank Hospital Umum Sarawak (HUS), terdapat empat lagi jenis darah ganjil yang sukar dijumpai di Malaysia seperti berikut :

  • Darah Parabombay (hh)
  • Darah Kidd Jk a-b-
  • Darah Ind b-
  • Darah Duffy Fy a-b-
  • Darah R2R2

Darah rare di Malaysia sememangnya antara penemuan yang cukup menarik di negara kita. Selain sistem pengkelasan darah ABO, segelintir kecil darah juga dikelaskan dalam huruf lain seperti H, Ind, dan R. I

ni menunjukkan keunikan sekumpulan kecil warga Malaysia yang mempunyai ciri-ciri satu dalam sejuta pada darah mereka.

Bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sedang kritikal, anda juga digalakkan untuk derma darah sekerap yang mungkin.

darah rare sangat berharga

Memetik laporan akhbar tempatan, situasi bekalan darah masih mencukupi tetapi untuk kumpulan tertentu seperti bekalan darah A dan O dilihat menurun.

Namun, kadar kekerapan derma darah dalam negara dilihat menurun. Keadaan ini dipercayai berlaku berikutan cuti peristiwa beruturan serta cuti sekolah ketika ini.

Menurut Pakar Perubatan Transfusi Pusat Darah Negara (PDN) Dr Azmanira Aziz, trend cuti peristiwa berturutan dan panjang boleh menjejaskan kutipan darah akibat kekurangan kehadiran penderma di pusat derma darah.

Meskipun mencatatkan penurunan, ia masih dapat membekalkan darah mencukupi kerana jumlah kes pembedahan elektif (pembedahan terancang) berkurangan kerana Covid-19,” ulasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat