Masalah Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja Telah Meningkat
Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada golongan remaja untuk melakukan pelbagai perkara yang ada kalanya berfaedah dan sebaliknya. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial yang semakin membimbangkan ini.
Gejala sosial dalam kalangan remaja saban hari semakin merungsingkan. Selain itu, kes seperti lumba haram, buli, melepak dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari mulut masyarakat.
Sebab-sebab Berlakunya Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja
1) Kurang Kasih Sayang Dari IbuBapa
Apabila anak-anak meningkat remaja, hubungan dengan ibu bapa semakain renggang sebaliknya anak-anak lebih rapat dengan rakan sebayanya. Hal ini berlaku adalah kerana, Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga mengabaikan anak-anak yang memerlukan perhatian dari mereka. Kurangnya perhatian dari ibu bapa akan membuatkan golongan remaja lebih cenderung melakukan aktiviti negatif ini kerana tiada orang yang mengambil berat tentang diri mereka.
2) Kemerosotan Masalah Disiplin Di Sekolah
Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama berulang kali. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku persekolahan kelak.
3) Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya
Remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding masa bersama-sama ibu bapa dan pihaksekolah. Hal ini menyebabkan, remaja lebih mempercayai kata-kata rakan sebaya yang sengaja membawa memreka ke arah gejala sosial ini. Oleh hal ini, remaja perlu bijak dalam memilih rakan kerana bimbang akan terikut dengan gejala negatif yang dilakukan oleh rakan tersebut.
4) Pengaruh Media Massa
Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang lain sehingga minda mereka mudah diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat.
5) Tekanan Yang Diberikan Oleh Ahli Keluarga
Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa yang tinggi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila mereka tidak mendapatkan seperti yang diharapkan, mereka sering dipersalahkan. Hal ini akan menyebabkan mereka akan memberontak dan melakukan gejala yang tidak bermoral ini hanya untuk melepas tekanan.
Sikap masayarakat kita yang ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ haruslah diubah. Jika negara kita bebas daripada segala gejala sosial ini maka, negara dapat melahirkan generasi yang dapat menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020 serta dapat membentuk sebuah negara yang aman, damai dan harmoni.