Memahami Itu Lebih Baik Dari Sekadar Mengetahui

Sumber Rujukan : Abd Ghani Haron

Apabila kita belajar, kita akan mencapai tahap mengetahui. Tetapi tahap ini kekadang tidak cukup untuk praktikal dan beramal kerana bila timbul masalah, kita tidak tahu jalan penyelesaian. Ini kerana kita tidak mencapai tahap pemahaman.
Contoh bila seorang imam,tetiba menambah rakaat menjadi 4 rakaat pada solat Maghrib, makmum sebahagian bercempera, tidak tahu bagaimana mahu bertindak,menunjukkan ketidakfahaman. Bila ditanya masalah terkentut selepas beri salam ke kanan, apakah batal solat, tidak tahu dihurai, nak selesai, itu menunjukkan ketidak fahaman rukun solat. Tahu tetapi tidak faham.

Jadi berbeza antara yang tahu dan yang faham. Mereka yang faham sesuatu ilmu, mengetahui dan boleh menjawab masalah, sedangkan orang yang mengetahui hanya boleh bercerita ilmu, tetapi bila dihadap permasaalahan, dia tidak tahu jalan keluar. Belajar secara mendengar sahaja atau one-way akan mencapai tahap mengetahui tetapi belum tentu faham. Pendidikan agama banyak berkonsep begini, menyebabkan ada ilmu bersifat hafalan untuk mengingat tetapi fahamnya entah kemana.Bertanya kerap dilarang dan timbul rasa malu. Jika belajar menerusi ceramah, lagilah tidak ada peluang bertanya, sebab itu ada yang tersalah faham, tidak dapat penjelasan yang cukup.

Sepatutnya bila belajar agama pun kita kena menguji pemahaman dengan menjawab soalan,masalah supaya ilmu yang kita dapat akan mantap, pemahaman tidak goyah. Atau gunakan ilmu yang kita ada untuk berfikir, berbincang atau mengajar, ini akan memantapkan pemahaman kita. Jangan terima ilmu, simpan buat pekasam, tidak diguna untuk berfikir, tidak diguna untuk jadi bahan sembang, tidak diguna untuk menasihat, untuk mendidik, kerana berilmu tetapi tidak berguna dan diguna, bagai ada parang yang disimpan menunggu karat.

Berilmu kena beramal, praktik supaya faham. Ada seorang yang baru balik dari Mesir, disuruh jadi imam solat subuh disurau sedangkan dia tidak pernah jadi imam solat. Dibacanya surah rakaat pertama An-nas, bila rakaat kedua baru tersedar nak baca surah apa pula kerana surah An-nas surah terakhir. Ketika sujud rakaat pertama makmum menunggu begitu lama, imam tidak berubah ke rakaat kedua. Bila ada yang mengangkat kepala, dilihat imam telah tiada, dia cabut ikut pintu sisi. Inilah yang dikata berilmu, tidak beramal, begitulah jadinya, tidak tahu cari jalan keluar. Ada satu masjid, khatib yang membaca qutbah terlupa dimana diletak teks qutbah kedua, langsung membatalkan jumaat, lalu solat zohor sedangkan jalan keluar bukan sedemikian. Khatib ini bukan imam. Ini contoh mengetahui tetapi tidak memahami, bila timbul masalah, gelabah bewak, tidak tahu cari jalan keluar, ilmu yang ada hanya kadar tahu tapi tidak berupaya untuk menyelesai masalah kerana tidak faham.

Saya nak mengajak anda mengubah diri kepada memahami bukan sekedar mengatahui sesuatu ilmu dengan cara berbincang, bertanya, praktikkan, cuba memikir masalah, selok-beloknya dan sebagainya. Ketahui mana rukun, mana sunat sunat, mana wajib, mana makruh, mana syarat, kemudian dari sini cuba bentuk masalah untuk memahami, kemungkinan-kemungkinan untuk cari jalan keluar, jalan penyelesaian.Berganjaklah dari hanya sekedar tahu.Wallahua’lam abdghaniharon.

Imej dari tirto.id

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat