ALAM SEMESTA : 100,000 Galaksi ‘Dijelajah’ Mencari Bukti Kehidupan – Episod 1
Dalam keghairahan mencari kehidupan extraterrestrial(ET), kebanyakan saintis memilih untuk mencari perkara halus seperi molekul organik atau mungkin mikroorganisma, sebaliknya ada bercita-cita besar dan cuba mencari bukti-bukti kewujudan tamadun yang sangat maju di seluruh alam semesta. Walaubagaimanapun, kita masih kurang bernasib baik kerana usaha dari para saintis dalam mencari tamadun-tamadun masih belum menemukan hasil setelah para angkasawan ‘menjejaki’ sebanyak 100,000 galaksi!
Tanpa berputus asa, NASA dengan yakinnya telah menyatakan bahawa tanda-tanda kehidupan di planet lain akan ditemui dalam tempoh sedekad lagi, tambahan pula Curiosity-Rover telah menemui bukti air dalam bentuk cecair di planet Marikh. Saintis telah menjadikan penemuan itu sebagai pencetus semangat baharu untuk terus membina, mencipta dan menaiktaraf peralatan atau instrumen yang digunakan dengan harapan peluang untuk mencapai impian akan menjadi suatu kenyataan tidak lama lagi.
Dalam kaedah pencarian sekarang, NASA menggunakan data yang dikumpul dari balai cerap pengorbit WISE yang direka untuk mengesan gelombang cahaya inframerah pertengahan (mid-infrared). Kaedah ini digunakan berdasarkan hipotesis dari Freeman Dyson, seorang ahli teoretikal fizik, yang mencadangkan bahawa tamadun ET yang maju boleh ditemui dengan mengesan sisa haba (waste heat), yang MUNGKIN boleh dikesan melalui radiasi inframerah.
“Samada penjelajah angkasa dari kalangan tamadun yang sangat maju menggunakan tenaga yang besar dari bintang galaksi mereka untuk menggerakkan komputer, kapal angkasa, komunikasi atau sesuatu yang kami belum dapat bayangkan, asas termodinamik mengajar kita bahawa tenaga mesti dibebaskan sebagai haba dalam bentuk inframerah pertengahan,” terang ketua pengkaji Jason Right. “Fizik asas inilah yang menyebabkan komputer anda untuk membebaskan haba apabila dipasang.”
Setelah mengkaji pengkalan data 100 juta galaksi, pengkaji utama Roger Griffith dari Pennsylvania State University telah mengenal pasti 100,000 galaksi yang berpotensi. Dari data ini, para saintis bersengkang mata mengecilkan lagi skop carian ke 50 galaksi yang menunjukkan penghasilan inframerah-pertengahan yang agak tinggi berbanding galaksi yang lain. Malangnya, apabila kajian yang mendalam dijalankan, tiada bukti kukuh yang dapat memperlihatkan bahawa galaksi-galaksi ini mempunyai kehidupan atau tamadun yang maju.
Akan tetapi, ini tidak bermakna tiada ketamaduan makhluk asing di luar sana, atau kita perlu berhenti mencari. Seperti kata ahli fizik teoretikal di The Huffington Post, kemungkinan besar ada tamadun yang menggunakan tenaga yang kurang dari seperti yang dicadangkan Dyson, yang menyebabkan mereka sukar untuk dikesan.
“Kelemahan yang dilaporkan di dalam kajian ini ialah mengabaikan kemungkinan kesan alam sekitar yang ekstrem kepada tamadun ET yang menggunakan sebahagian daripada pecahan dari cahaya bintang/matahari di galaksinya,” ujar beliau. “Untuk perbandingan, tamadun kita hanya memproses satu per seribu dari satu pertrillion(0.001 dari 1/1 trillion) dari tenaga yang dihasilkan dari matahari. Tamadun yang tidak dapat dilihat (dengan pengesanan inframerah-pertengahan) berkemungkinan besar wujud, tetapi mereka efektif menuai tenaga (dari matahari mereka) dan mengawal jumlah tenaga yang mereka perlukan.”
Sumber : www.iflscience.com