Idea Revolusi Subway – Tile Yang Menjadi Trend Terkini
Jika anda mencari kemasan jubin untuk dinding dapur atau bilik air, yang selalu menjadi pilihan ramai adalah jenis subway tile. Antara sebab ia menjadi pilihan adalah kerana fizikalnya yang tahan lasak, high-gloss ceramic dan versatile.
Sejarah
Subway tile mendapat nama dari laluan transit bawah tanah yang diperkenalkan oleh Bandaraya New York pada tahun 1904. Di awal pembukaannya, kemasan dinding stesen kereta api bawah tanah ini telah menggunakan kemasan jubin yang berukuran 3 inci x 6 inci bewarna putih. Ia kemudian menjadi perhatian umum dan dari situ bermulanya pengenalan subway tile.
Kegunaan
Subway tile selalunya digunakan sebagai kemasan dinding di dalam bilik air dan backspalash dapur. Permukaanya yang licin memudahkan proses membersihkan sebarang kotoran yang melekat terutamnya di dapur. Namun tidak sesuai pada bahagian lantai yang mengundang bahaya kepada pengguna.
Revolusi
Subway tileĀ merupakan rekaan jubin klasik yang masih mendapat sambutan hingga kini. Untuk memenuhi keperluan danĀ dipadankan dengan pelbagai konsep dekorasi kediaman yang terkini, selain warna klasik putih yang menjadi pilihan, terdapat juga beberapa warna lain dihasilkan oleh pengilang.
Yang menarik, material yang digunakan untuk menghasilkan jubin pelbagai jenis. Antaranya diperbuat dari kaca.
Terdapat pelbagai susunan subway tile dan setiapnya mempunyai kesan dan impak visual yang berbeza kepada sesuatu ruang. Berikut inspirasi subway tile yang boleh anda cuba mengikut trend terkini.