MASUK PAS : Bukan Untuk Jadi Ustaz, atau Ulama Tetapi?


Saya pernah menulis berkenaan “masalah” dalam PAS beberapa tahun lepas dan saya ulang kembali beberapa kali perkara perkara tersebut akhir akhir ini.

1. Anak muda lulusan agama, masuk jadi Ahli PAS dengan membawa cita-cita – “aku nak jadi Ustaz”.

2. Yang dah bertitile “Ustaz” dalam PAS terutama golongan muda, mundar-mandir dalam PAS, ceramah sana-sini atas platform PAS dengan membawa cita cita – “aku nak jadi Ulama“.

3. Diakhirnya PAS dipenuhi oleh 2 golongan ini iaitu Anak muda lulusan agama yang bercita2 menjadi “Ustaz” dan juga “Ustaz”2 yang bercita cita menjadi “Ulama”.

4. Tanpa disedari, 2 golongan tersebut menjadi “kudis buta” dalam PAS dan mereka mereka ini secara perlahan, tanpa mereka sendiri sedar telah merosakkan Perjuangan PAS dan membawa PAS “keluar” dari tujuan asal PAS ditubuhkan iaitu Mentadbir Negara Malaysia mengikut acuan Islam.

4. Saya sebut 2 golongan ini “merosakkan” PAS kerana terbukti 2 golongan ini masuk menyertai PAS tanpa memahami tujuan asal PAS ditubuhkan. Mereka menganggap dan menjadikan PAS sebagai sebuah Organisasi yang ditubuhkan untuk melahirkan “Ustaz” dan “Ulama” padahal atas dasar PAS sebagai sebuah “Parti Politik”, PAS sepatutnya melahirkan seramai mungkin “Pemimpin” yang boleh “mentadbir” samada sebuah Negeri atau Negara mengikut landasan yang benar iaitu Al-Qur’an dan Sunnah tidak kira apa latar belakang individu itu baik Profesional, Tukang Kebun, Penoreh Getah, Driver, Ustaz atau Ulama.

5. 2 golongan yang saya sebut tadi sebenarnya BODOH apabila menjadikan sebuah parti politik sebagai paltform untuk melahirkan “Ustaz” dan “Ulama” padahal secara lojiknya, parti politik ialah sebuah Organisasi yang paling kotor dan jijik dalam mana mana pertubuhan didunia lebih lebih lagi apabila mana mana parti politik secara automatik terikat dan terpaksa akur dengan perlembagaan sekular yang dicipta oleh manusia termasuk apabila terlibat dengan sebuah pertandingan yang tidak pernah adil yang dilunakkan namanya dengan sebutan “Demokrasi”.

6. 2 Golongan yang saya sebut tadi sepatutnya dari awal tahu bahawa Paltform terbaik yang sepatutnya dijadikan “sarang” untuk melahirkan “Ustaz” dan “Ulama” ialah di Sekolah-sekolah Pondok, Institusi-institusi keagamaan dan lain-lain organisasi terutama NGO-NGO yang tidak terikat dengan pertandingan merebut kuasa pentadbiran.

7. Golongan ini pada saya, dari awal mereka menyertai PAS, niat mereka sudah tidak betul. Mereka sebenarnya bukan mahu berjuang atas nama Islam sebaliknya mereka “gila” pada “nama” dan “kemahsyuran”. Mahu dikenali dan disanjung dimata Masyarakat. Mereka sebenarnya tidak menghayati matlamat sebenar dan perjuangan PAS sebab itu golongan ini lebih terkenal kerana mengeluarkan kenyataan kenyataan bodoh dan gila yang banyak merugikan PAS dan juga perjuangan menegakkan Islam di Malaysia.

8. 2 golongan ini amat jarang sekali berada bersama dengan rakyat marhaen atau boleh dikatakan tiada langsung menonjol dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat marhaen dan kalau ada pun sekadar atas nama program-program “syok sendiri” yang pada saya langsung tidak menguntung atau membantu rakyat marhaen dalam menambah-baik ekonomi dan kehidupan seharian kita.

9. Nasihat saya pada 2 golongan ini – tinggalkan segera Parti PAS dan Perjuangan Islam, pergi sertai UMNO sebab apa yang kamu mahu iaitu “kemahsyuran” ada disana.

10. Pada yang mahu berjinak dengan PAS, saya tegaskan bahawa kalau kamu mahu jadi “Ustaz” atau “Ulama”, pergilah sertai organisasi lain terutama Sekolah2 Pondok, Institusi2 Keagamaan atau NGO-NGO yang ditubuhkan bukan untuk mengejar kuasa.

Masuk dalam PAS, kamu hanya perlu simpan 1 sahaja cita2 iaitu – “aku mahu jadi Pemimpin” sebab itulah tujuan sebenar sebuah Parti ditubuhkan dan itulah tujuan sebenar parti politik menyertai pilihanraya. Semuanya kerana mahu “Kuasa”.

Untuk jadi seorang Pemimpin yang baik, seseorang itu tidak perlu menjadi “Ustaz” atau “Ulama”… Cukup dengan menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan selain dari menjadikan para Ulama dan Cendekiawan sebagai Sahabat.

Sultan Muhamad  tidak pernah mendapat gelaran “Ustaz” jauh sekali “Ulama” walaupun beliau terkenal sebagai satu-satunya pemimpin yang tidak pernah meninggalkan Solat Tahajud apalagi Solat Fardhu tapi kerana beliau menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan dan juga mendampingi para Ulama dizamannya – beliau Akhirnya dikenali dengan Gelaran “Al-Fateh” “pembuka” atau “penakluk” Kota Konstantinople, kota Agung yang menjadi Kebanggan Kerajaan Rom sejak beratus-ratus tahun dulu.

– Mohd.Fauzi bin Mohd.Azmi (Topeng Perak Unmasked)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat