Makanan Yang Bagus Untuk Kuatkan Paru-Paru Anak, Barulah Anak Sihat Sentiasa – Daily Rakyat

Makanan Yang Bagus Untuk Kuatkan Paru-Paru Anak, Barulah Anak Sihat Sentiasa


Kesihatan anak-anak umpama kesihatan ibu bapa. Kalau anak-anak tidak sihat, ibu bapa juga turut sama tidak sihat. Bahkan ibu bapa lah orang yang paling risau dan terseksa apabila melihat anak-anaknya tidak sihat dan menghidap apa-apa penyakit.

Kasih ibu bapa memang tiada tandingan. Sehinggakan ada ibu bapa yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak-anak yang menghidap penyakit. Malah sekarang, ramai kanak-kanak yang mengalami batuk, demam, selsema yang berpanjangan.

Ubat sudah dimakan namun sudah berkali-kali menyambung ubat, namun tetap juga batuk tidak berhenti dan sembuh. Setiap kali mendengar anak-anak batuk ia umpama sesuatu yang mengguris hati dan perasaan ibu bapa.

Makanan Yang Bagus Untuk Kuatkan Paru-Paru Anak, Barulah Anak Sihat Sentiasa

Walaubagaimanapun, ibu bapa masih lagi boleh mencegah dan menghalang anak-anak daripada menghidap batuk dan mempunyai masalah berkaitan dengan paru-paru melalui pemakanan. Antaranya adalah, para ibu bapa boleh memberikan anak-anak mereka makanan yang sihat seperti buahan bagi menguatkan paru-paru anak.

Doktor Mazliana Mazlan ada berkongsi mengenai pemakanan yang bagus untuk anak-anak bagi menguatkan paru-paru mereka untuk menghalang batuk dan kahak. Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Makanan untuk kuatkan paru-paru anak.

Setiap hari saya terima PM pasal anak tak sihat. Batuk berpanjangan, lambat nak sembuh, kahak banyak, yang sampai dah taktahu apa nak buat, tiga empat kali jumpa doktor berulang makan antibiotik.

Masih jugak belum sembuh. Makanan bukan ubat tau. Minggu ni makan, minggu depan terus baik. Bukan macam tu. Proses yang lama dan konsisten dari ibu ayah, insyaAllah pasti akan nampak hasil. Paling kurang 3 bulan, untuk hasil yang baik.

Selagi belum cukup 3 bulan kita cuba, jangan putus asa. Tak ada jalan singkat untuk berjaya kan. Yang paling penting sekali; Makanan tinggi proses kena tinggal dulu. Apa saja makanan yang ada susu, gandum dan gula tambahan, ianya kurang sesuai jika anak kerap tak sihat.

Selalu bawa anak bermain dengan alam. Berjemur matahari jugak. Kurangkan persekitaran toksik dari anak. Ibu ayah kena clear kan stress dalaman asyik fikir kenapa anak kerap tak sihat. Doa selalu.

8 jenis makanan, antara yang bantu kuatkan paru-paru anak;

  1. Epal
  2. Pear
  3. Labu
  4. Bawang putih
  5. Kunyit
  6. Brokoli
  7. Beet root
  8. Sayuran hijau

paru-paru anak

Cuba, jadikan 8 jenis makanan ni, antara makanan yang anak perlu ambil setiap minggu. Bawang putih, brokoli masuk dalam nasi goreng. Labu dan kunyit dalam masak lemak pun sedap. Sayur hijau tumis air dah cukup. Beet root boleh blend dengan buah, bagi anak makan sekali dengam serat. Epal dan pear makan begitu saja.

Usaha, ikhtiar itu tugas kita kan. Moga Allah beri kesembuhan segera dan berpanjangan buat anak-anak kita. Amin.

Jadi, jangan lupa amalkan tips dan perkongsian ini, semoga ia dapat membantu anak-anak semua hidup dalam keadaan yang lebih sihat. Namun ingat ya, konsisten. Jangan hari ini makan, esok dah sembuh dan baik. Makanan bukan ubat yang boleh menyembuhkan dengan cepat.

Sumber: Mazliana Mazlan

Baca juga: Tips Kurus – Makan Buah Nanas Setiap Hari, Turut Bantu Cantikan Kulit

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat