Move On: Tak Tahu Macam Mana Nak Move On? 10 Cara Terbaik Untuk Lupakan Si Dia
Mesti anda semua pernah bercinta kan? Jarang lah yang hidup single memanjang. Budak sekolah rendah sekarang pun sudah pandai cinta-cinta monyet. Ada yang bercinta dari zaman sekolah lagi sampai zaman bekerja pergh memang tabik la dekat mereka sebab bukan senang nak kekalkan hubungan yang lama, banyak ujian nya betul tak? Mesti anda pernah lalui macam-macam ujian sampaikan ada yang banyak kali putus di tengah jalan pastu berbaik balik kan? Ada jugak jodoh yang tak panjang bercinta lama-lama sampai 10 tahun tapi sayangnya putus.
Kalau bab putus cinta ini, perempuan lagi susah nak lupakan lelaki yang mereka sayang atau senang cakap nak ‘Move On’ berbanding dengan lelaki. Lelaki kalau putus cinta atau tinggalkan awek mereka senang nak dapatkan pengganti betul tak? Tapi ada juga lelaki yang hati lembut yang terlalu sayangkan girlfriend dia sampaikan berniat nak jadikan isteri, nak buat macam mana bang tak ada jodoh. Tetapi golongan perempuan ini lah yang tak tentu arah menangis siang malam sebab apa? Sebab tak boleh nak move on.
Walaupun diorang benci sekali pun dekat ex boyfriend dia tapi dalam hati diorang masih sayang, itulah cara perempuan nak lupakan ex mereka tau! Tapi dengan membenci itu tidak elok, ada yang cuba macam-macam cara nak move on tapi susah jugak, ha sini saya nak kongsikan macam mana anda nak move on ataupun nak lupakan seseorang yang pernah anda suka ataupun yang pernah hadir dalam hidup.
Cara terbaik nak move on:
1. Elakkan jumpa dengan si dia.
Elakkan diri daripada berjumpa, kalau terserempak sekalipun cuba jauhkan diri dari berhadapan dengan dia, walaupun ada timbul rasa rindu ke apa jangan sekali jumpa! Sebab kalau jumpa lagi susah nak lupakan dia.
2. Jangan dengar lagu sedih waktu baru putus cinta.
Kalau boleh elakkan dengar lagu-lagu sedih terutamanya dalam radio. Sebab nanti buatkan anda lagi sedih dan teringat apa yang sudah berlaku.
3. Block dan padam no si dia.
Kalau anda penting sudah lama dia cari anda balik. Kalau boleh block semua laman sosial dia supaya anda tidak stalk dia lagi.
4. Busykan diri dengan buat macam – macam benda untuk elakkan diri anda termenung.
Kalau asyik termenung sudah pasti anda akan teringat balik memori bersama dia. Jadi kalau boleh setiap masa buat sesuatu yang boleh mebuatkan nanda lupa apa yang telah berlaku dalam hubungan anda.
5. Padam semua kenangan indah bersama dia.
Hapuskan semua gambar bersama dia dan juga buang segala benda yang si dia pernah bagi. Supaya tiada lagi memori dengan si dia.
6. Dekatkan diri dengan orang sekelling.
Apabila sudah berpisah dengan si dia, ambil peluang ini untuk berbaik dan merapatkan lagi hubungan dengan keluarga terutamanya mak ayah, habiskan masa dengan mereka.
7. Minta bantuan dan sokongan.
Terutamanya sokongan daripada mereka yang rapat contohnya ibu bapa. Luahkan apa yang terpendam dalam diri kalau malu nak luahkan dekat ibu bapa, boleh luahkan dekat kawan rapat yang boleh dipercayai. Sesetengah orang malu nak bercerita masalah ini dekat ibu bapa, mereka lebih suka luahkan dekat kawan.
8. Cuba buka hati untuk menerima orang lain.
Pilihlah orang yang betul-betul sayangkan anda dan bukan anda yang lebih sayangkan dia dan tahu sifat baik buruk dia. Dan yang penting carilah orang yang anda rasa selesa bila bersama dia. Dengan cara begini, anda slow-slow boleh lupakan dia.
9. Kalau boleh elakkan buat perkara yang berkaitan dengan bekas kekasih anda.
Maksudnya, apa yang dia suka, apa yang dia pernah buat bersama anda, yang mencipta kenangan bersama, elakkan buat perkara-perkara itu sementara waktu bukan untuk selamanya ya! Dalam proses nak lupakan dia. Untuk elakkan anda teringat balik dekat si dia.
Belajar menerima kenyataan yang terlulis antara anda dengan si dia tiada jodoh.
Tuhan ambil balik orang yang anda sayang, sebab DIA nak bagi yang lebih baik dari itu. Jadi sentiasalah berfikiran positif dan teruskan hidup dengan lebih baik. Harap selepas ini anda lebih bijak memilih pasangan.
Tidak semua kisah percintaan akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan. Ada yang kecundang di tengah jalan. Siapa yang tidak sedih dan terluka apabila terjadinya perpisahan dengan orang tersayang. Tidak mudah menerima dan melupakan kenangan yang dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, anda harus terima kenyataan bahawa anda dengan si dia tiada jodoh dan sentiasa bersangka baik. Di luar sana, ada ramai lelaki mahupun perempuan yang lebih baik untuk anda berbanding dengan si dia. Ingat bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor, satu sudah pergi lagi ramai yang datang.
Itu saja perkongsian saya mengenai macam mana nak move on. Saya harap 10 tips ini dapatlah membantu anda di luar sana yang sedang putus cinta dan nak lupakan si dia. Sejujurnya sekarang perkara ini tidak lagi terjadi pada diri saya hehehe ini sekadar perkongsian sahaja.