Rupanya Ada Panadol Yang Tak Sesuai Untuk Ibu Mengandung ! Jom Kenali Jenis-Jenis Panadol dari Ahli Farmasi Ini
Sejak-sejak ini, ramai warganet yang mengadu kehabisan paracetamol di pasaran disebabkan wabak penularan Covid-19 yang mengganas pada waktu ini.
Mungkin jenis panadol yang anda sering beli tiada di pasaran ketika ini, namun tahukah anda sebenarnya ubat paracetamol jenama Panadol ada banyak jenis ? Fungsinya juga berbeza-beza.
Bagi menjelaskan jenis-jenis Panadol kepada warganet, seorang ahli farmasi telah tampil menjelaskannya di platform TikTok.
Dalam perkongsian video tersebut, beberapa jenis Panadol beserta fungsinya telah dikongsikan. Berdasarkan perkongsian ahli farmasi itu, setiap satunya mempunyai fungsi masing-masing.
Di samping itu, beberapa jenis Panadol tidak sesuai untuk sesetengah golongan seperti pesakit darah tinggi dan ibu mengandung.
Jenis-Jenis Panadol Serta Ciri-Cirinya
Jenis-jenis panadol yang dikongsikan di video tersebut ialah Actifast, Optizorb, Extend, Menstrual, Extra dan Soluble.
Jom kita kenali setiap Panadol serta ciri-cirinya.
Panadol Actifast
- Mengandungi 173 mg sodium untuk penyerapan ubat yang lebih pantas dan kesan yang lebih cepat.
- Kandungan sodium yang ada membuatkan ia kurang sesuai untuk pesakit darah tinggi.
- Dos : 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Panadol Optizorb
- Mengandungi calcium carbonate, alginic acid dan crospovidone.
- Ubat cepat hancur dalam badan serta cepat diserap.
- Mampu memberikan kesan seawal 15 minit.
- Tidak mengandungi sodium dan sesuai untuk pesakit darah tinggi.
- Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Panadol Extend
- Mengandungi 2 lapisan untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat.
- Memberikan kesan tahan sakit yang lebih lama sehinga 8 jam.
- Sesuai untuk sakit kronik.
- Dos : 2 biji setiap 6 hingga 8 jam sehari. (Terhad 3 kali sehari sahaja)
Panadol Menstrual
- Mengandungi panabrom 25 mg yang berfungsi untuk singkirkan lebihan air terkumpul disebabka perubahan hormon semasa datang haid.
- Untuk pengambilan kaum wanita sahaja.
- Dos : 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Panadol Extra
- Mengandungi 65 mg caffeine untuk kurangkan rasa sakit yang teruk.
- Sesuai untuk diambil ketika sakit kepala, migrain dan sakit gigi.
- Kandungan caffeine membuatkan ia kurang sesuai untuk wanita mengandung dan menyusu.
- Dos : 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Panadol Soluble
- Panadol jenis larut ini direka khas untuk pesakit yang sukar untuk telan ubat.
- Mengandungi sodium yang tinggi iaitu 427 mg dan tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.
- Dos : 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.
Ahli farmasi tersebut turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mengambil ubat tahan sakit melebihi dos yang dibenarkan iaitu 400 mg atau 4 gram sehari.
Selain itu, ubat tahan sakit atau termasuklah jenis-jenis panadol yang ada di pasaran hanya perlu diambil ketika demam atau sakit badan sahaja. Tidak perlu makan jika tiada keperluan.