Nak Kawin Duit Tak Cukup?? Anda Boleh Amalkan Tips Ini
Niat dihati ingin berkahwin tapi apakan daya duit simpanan belum mencukupi maka membujanglah kita sampai tabungan menjadi penuh. Tambahan pula kos perkahwinan yang tak masuk akal akan bertambah rumit jika pasangan kamu yang jenis ‘high maintanance’.
Di bawah ialah tip-tip yang di petik daripada sebuah artikel di laman kokotiam:-
1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.
Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur.
2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.
3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”
Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.
Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.
Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.
Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Dan itu membawa saya ke point seterusnya…
4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.
Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.
5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.
Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.
Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.
6. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.
Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat.
Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang.
Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.