Resepi Masak Lemak Kuning Siput Sedut Kelantan Style!


Resepi Gulai Lemak Siput Sedut merupakan salah satu hidangan masak lemak yang sungguh lazat. Tukar selera hari ini dengan menu masakan kampung pula. Lebih menarik dan cukup menyelerakan bagi anda yang rindukan masakan kampung, boleh cuba resepi mudah ini.

Bahan-bahan

  • 1 kilo siput sedut
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh cili kisar (Letak supaya warna kuning tu menyerlah, kalau nak pedas lagi, letaklah cili padi yang telah ditumbuk.)
  • 1 keping asam keping
  • 1 kotak kecil santan segera (200ml) Lagi best kalau guna santan segar!
  • Segenggam daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan siput sedut. Siput ni berlumpur, kena basuh bersih2. Kalau ada hampas kelapa, lagi bagus. Ramaskan hampas tu kat siput dan bilas sampai air bilasan tu bersih.
  2. Potong hujung siput tu. Dalam tiga garis dari hujung sebab nak buang barang perkumuhan siput tu.

Contoh nak potong siput

  1. Rendam siput yang dah dipotong tu dengan air garam nak bagi siput tu muntah kotoran.
  2. Sementara tu, kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup sampai halus.
  3. Masukkan bahan kisar tu, santan, cili kisar, asam keping, daun kesum dan siput yg kita dah bersihkan tadi ke dalam periuk.
  4. Masaklah sampai mendidih. Letak garam secukup rasa…dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas.

 

Kredit Instagram, Masak With Passion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat