Panduan Pemilihan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak


Pernahkah anda sebagai ibu bapa, terfikir bahawa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan? Terdapat ibu bapa yang mengabaikan penggunaannya. Mereka lebih suka memangku anak mereka atau meletakkan anak mereka begitu sahaja.

Jika inginkan anak anda selamat, gunakanlah kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai. Jom kita ketahui panduan pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanakyang betul.

1. Menepati piawaian ISOFIX

kerusi keselamatan kanak-kanak

  • Dilengkapi dengan ciri keselamatan yang telah ditetapkan
  • Berupaya mengurangkan risiko kecederaan sekiranya  berlaku kemalangan

2. Ciri Keselamatan kerusi keselamatan kanak-kanak

kerusi keselamatan kanak-kanak

  • Tempat duduk yang menghadap ke belakang
  • Tempat duduk mempunyai berat dan ketinggian yang sesuai dengan anak anda
  • Untuk penggunaan yang lebih lama, dapatkan model kerusi keselamatan kanak-kanak yang membolehkan anda memusingnya ke hadapan apabila mereka sudah membesar.

3. Ketahanan

  • Kerusi keselamatan kanak-kanak direka agar besesuaian untuk dipadankan dengan kemas di dalam kereta.
  • Ujian mutu juga telah dijalankan bagi menguji ketahanannya yang sebenar.

4. Pelarasan tali pinggang

kerusi keselamatan kanak-kanak

  • Gunakan kerusi keselamatan yang mempunyai tali pinggang yang boleh laras
  • Ia adalah untuk keselesaan anak anda
  • Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar, laraskan ikut keselesaan anak anda.
  • Untuk lebih selesa, laraskan juga perehat kepala

5. Mesra pengguna

  • Pilih kerusi keselamatan yang sesuai dengan kereta anda
  • Carilah yang mudah untuk dipasang dan dibuka, jika ia tidak perlu digunakan lagi

6. Elakkan membeli kerusi keselamatan terpakai

  • Jangan sesekali membeli kerusi keselamatan terpakai, walaupun ianya murah dan masih dalam keadaan baru
  • Mungkin terdapat kerusi yang tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan ataupun terdapat kerosakan di mana-mana komponen yang kita tidak tahu.
  • Lihatlah pada tarikh luput yang terdapat pada produk tersebut.

7. Mempunyai pemegang

  • Dilengkapi pemegang untuk memudahkan anda untuk mengangkat
  • Atau untuk membawanya jika keluar dari kenderaan

Iulah antara 7 panduan untuk anda memilih kerusi keselamatan yang sesuai untuk kegunaan anak-anak anda. Diharapkan post kali ini dapat membantu anda. Beringat sebelum terkena.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat