Dua Wanita Sudah Dilatih Untuk Membunuh Kim Jong-Nam

Sumber Rujukan : Siti Azila Alias(23/2/17)

 

Ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sangat yakin dan percaya bahawa kes pembunuhan Jong-nam adalah satu perbuatan yang dirancang  dan kedua-dua wanita yang ditahan (warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29) sudah dilatih untuk melakukannya.

Siasatan menunjukkan mereka sudah beberapa kali berlatih(menyapu cecair ke muka) di Pavilion Kuala Lumpur, KLCC dan terhadap mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(klia2).

Dakwaan mereka hanya bergurau itu tidak benar. Ini bukan pengambaran filem atau benda main-main…bukan. Sudah tentu mereka tahu cecair yang dipegang adalah toksik beracun.Beliau pasti orang awam sudah pun menonton rakaman video dua wanita itu beredar dengan ke bawah dengan menjarakkannya dari badan, jadi mereka tahu cecair yang dipegang adalah toksik dan perlu dibersihkan.

Mereka tahu apa yang mereka buat. Dua wanita itu sudah dilatih untuk menyapu(cecair) di muka mangsa. Sebelum itu, empat suspek lelaki meletakkan cecair itu di tangan wanita terbabit dan memberitahu mereka ia perlu disapu ke muka mangsa. Wanita Indonesia yang melakukannya(sapu ke muka mangsa) dulu, diikuti wanita Vietnam.

Jenis cecair yang digunakan dalam serangan itu sama ada ia sudah dibawa pulang ke Korea Utara masih belum diketahui kerana masih dalam siasatan.

Polis Cari Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara dan Kakitangan Air Koryo

Tan Sri Khalid sudah memaklumkan bahawa setakat ini sudah menahan empat individu dan akan mohon untuk lanjutkan reman hari ini(semalam) terhadap tiga orang(Siti Aisyah, Thi Huong dan Ro Jong Chol) selama tujuh hari lagi, manakala teman lelaki Siti Aisyah, Muhammad Farid Jallaludin dibebaskan hari ini(semalam) dengan jaminan polis.

Selain itu, beliau ingin mendedahkan mencari lima lagi lelaki Korea Utara yang mana dipercayai empat daripada mereka(Ri Ji Hyon Gil, 33; Hong Song Hac, 34; O Jong Gil, 55 dan Ri Jae Name, 57) sudah meninggalkan negara ini dan pulang ke Pyongyang. Beliau menyatakan akan memohon kepada pihak berkuasa di Korea Utara dan meminta bantuan polis antarabangsa(INTERPOL) untuk membantu mengesan mereka dan serahkan kepada pihak polis Malaysia  untuk melengkapkan siasatan.

Seorang lagi suspek lelaki, iaitu lelaki kelima(Ri Ji U atau James, 30) masih berada di negara ini dan dua lagi gambar lelaki yang diedarkan tanpa identiti sebelum ini, sudah dikenal pasti.

Mereka adalah Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyong Kwang Song, 44, dan Kim  Uk Il, 37, seorang kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara Air Koryo. Tan Sri Khalid percaya ketiga-tiga mereka masih berada di Malaysia dan masih dicari. James dan Uk Il memamasuki negara ini sebagai pelawat.

Permohonan sudah dibuat kepada kedutaan Korea Utara untuk membenarkan pihak polis Malaysia menemubual kedua-dua mereka dan harap memberikan kerjasama secepat yang mungkin.

Pihak polis Malaysia sudah pun menghantar surat permohonan hari(semalam) dan setakat ini masih belum dapat kerjasama daripada kedutaan dan jika mereka gagal tampil, kita akan keluarkan waran tangkap. Adalah tidak wajar untuk mengatakan empat yang sudah pulan ke Pyongyang itu adalah dalangnya, tetapi pihak polis Tan Sri Khalid percaya mereka terbabit dalam kes ini.

Penahan Suspek Wanita Indonesia

Tan Sri Khalid menyatakan beliau akan mempertimbangkan sama ada boleh membenarkan pihak Indonesia untuk bertemu dengan Siti Aisyah. Jika siasatan menunjukkan tiada bukti untuk mengaitkan Siti Aisyah dengan kejadian itu, dia akan dibebaskan.

Laporan Dakwa anak mendiang, Kim Han-sol kini berada di Malaysia

Berita anak mangsa sudah tiba di negara, semua itu hanya khabara angin. Belum ada waris atau ahli keluarga yang tampil melakukan pengecaman mayat atau serahkan sampel asid deoksiribonukleik(DNA) kepada pihak polis Malaysia setakat ini.

Ahli keluarga tidak semestinya adik,sesiapa saja termasuk anak, abang atau kakak juga boleh. Kehadiran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang(STAFOC) dan Institut Perubatan Forensik Negara(IFPN) Hospital Kuala Lumpur(HKL) semalam (kelmarin) selepas mendapat maklumat ada cubaan untuk menceroboh kawasan itu.

Sudah tentu perlindungan akan diberikan sekiranya ahli keluarga mangsa datang ke Malaysia untuk kenal pasti mayat dan DNA. Pihak polis Malaysia  akan berikan tempoh lanjutan, masa munasabah kepada waris untuk tampil membuat pengecaman. Permohonan kepada kedutaan Kora Utara juga dibuat untuk memhubungi keluarga mangsa, tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Kedutaan Korea Utara Nafi Mangsa adalah Kim-Chol dan Bukan Jon-nam

Saya tidak pernah menggunakan nama Kim Jong-nam tetapi Kim Chol. Maklumat tersebut diperolehi daripada dokumen perjalanan yang digunakan mangsa dan nama tersebut akan kekal digunakan. Semua pihak mengatakan bahawa mangsa adalah Jong-nam maka sampel DNA diperlukan untuk membuktikan bahawa  dia adalah Jong-nam. Laporan pergigian dan kesihatan mangsa boleh membantu polis mengenal pasti identitinya, tetapi setakat ini Korea Utara belum memberikan bantuan.

Hasrat Korea Sertai Siasatan Bersama

Tasn Sri Khalid menyatakan beliau tidak membenarkan Korea Utara untuk menyertai siasatan bersama bagi menyiasat kes ini. Hal ini kerana ini bukan kuasa mereka tetapi kuasa Malaysia.

Dakwaan Kejadian Didalangi Korea Utara

Tan Sri Khalid tidak boleh mengesahkan perkara itu kerana ia masih dalam siasatan awal tetapi semua yang terbabit adalah warga Korea Utara.

Dakwaan Polis Kasari Keluarga Suspek, Ri jong-chol

Sudah tentu Tan Sri Khalid menafikan tuduhan(Kedutaan Korea Utara) kerana perkara itu tidak pernah berlaku. Tan Sri Khalid menyatakan bahawa beliau tidak menerima laporan daripada ahli keluarga(mendakwa dikasari ketika serbuan). Ini hanya tuduhan dibuat pihak kedutaan, suspek dan ahli keluarga memberikan kerjasama penuh kepada polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat