DS Ismail Sabri Minta Rakyat Jangan Keliru & Mudah Percaya Soal Janji ‘Potong Gaji’ 


Tahun 2022 merupakan tahun yang agak berat untuk dilalui. Pelbagai macam perkara yang telah dihadapi oleh rakyat Malaysia sejak dari awal tahun lagi. Belum termasuk lagi dengan bermacam-macam dugaan sebelum ini, di mana seluruh dunia diserang wabak virus Covid-19.

Ditambah pula dengan Perdana Menteri  seringkali bertukar-tukar dalam tempoh yang sekejap. Malah kejadian banjir di beberapa tempat secara tiba-tiba juga turut membuatkan rakyat merana. Dan tidak lama lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum.

Ditambah pula dengan ramalan banjir yang dikatakan bakal berlaku pada bulan November sehingga Januari 2023. Walaupun Malaysia sudah diberi ramalan akan berlaku banjir, Pilihan Raya Umum tetap akan dijalankan. Hal tersebut bagi mendapat keputusan yang terbaik dan Malaysia dapat ditadbir oleh Perdana Menteri yang dipilih rakyat Malaysia itu sendiri.

DS Ismail Sabri Minta Rakyat Jangan Keliru & Mudah Percaya Soal Janji ‘Potong Gaji’

Berkait rapat soal Pilihan Raya Umum ini, pastinya setiap kali PRU diadakan, pastinya para ketua parti atau pun parti-parti yang ada di Malaysia ini akan keluar berkempen. Hal tersebut bagi memastikan rakyat yakin dan percaya.

Seperti mana Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim janjikan baru-baru ini. Beliau berjanji sekiranya diberi mandat untuk menjadi Perdana Menteri nanti, antara perkara pertama yang beliau lakukan adalah memotong gaji dan bonus Perdana Menteri itu sendiri.

Walaubagaimanapun, Datuk Ismail Sabri meminta rakyat Malaysia jangan keliru dan mudah percaya akan janji tersebut. Menurut beliau, orang kampung bukan mahu dengar ambil gaji atau tidak namun mereka akan ingin dengar apa yang kerajaan boleh lakukan untuk kepentingan rakyat.

“Kita jangan terkeliru, sekarang ini macam-macam orang menyebarkan janji, keluar manifesto macam-macam.”

“Sekarang (ada) janji baru, PM (perdana menteri) tak payah ambil gaji, orang kampung bukan nak dengar ambil gaji tak ambil gaji, orang kampung nak dengar apa yang boleh kerajaan buat untuk kepentingan orang kampung”

Orang kampung ingin dengar perancangan kerajaan

Apa yang orang kampung ingin dengar adalah perancangan kerajaan untuk menjamin kehidupan mereka. Bukannya soal dapat gaji ataupun tidak. Tambah Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga di Bera, Pahang, hari ini.

ismail sabri

“Kalau dia tak dapat gaji, orang kampung susah, harga getah turun kerajaan tak buat apa-apa pun, yang orang kampung nak perancangan kerajaan untuk menjamin kehidupan mereka.”

Bagaimanapun ucapan tersebut pastinya merujuk kepada janji yang telah dibuat oleh DS Anwar ketika berucap di konvesyen PH di Ipoh baru-baru ini. Sebelum ini, DS Anwar telah memberi jaminan akan memotong gaji jika dinobatkan menjadi Perdana Menteri pada 20 November nanti.

“Biar saya beri jaminan, jika 20 November nanti (bila) saya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, yang pertama saya lakukan adalah potong gaji dan elaun Perdana Menteri.”

Walaubagaimanapun, pihak Daily Rakyat tidak menyebelahi mana-mana pihak. Semoga keputusan yang keluar pada 20 November nanti adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Sumber: Malaysia Kini

Baca juga: “Rakyat Malaysia Sudah Bijak..”, DS Dr Shamsul Dakwa Potong Gaji PM Hanya Gimik Politik 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat