“Dia Power !”  Kaunselor Laktasi Kagum Dengan Kecekalan Mizz Nina Menyusu Demi Memahramkan Anak Angkat 


Baru-baru ini, Mizz Nina telah berkongsi berita gembira kepada semua tentang kehadiran anak angkat melalui laman Instagram beliau.

Menurut perkongsian tersebut, beliau dan suami mengambil masa setahun sebelum bersedia untuk bergelar ibu bapa. 

Tidak hanya mengambil anak angkat, Mizz Nina turut mengambil keputusan untuk memahramkan bayi tersebut. 

Hantaran Mizz Nina mengenai berita gembira ini juga mendapat perhatian rakan artis dan warganet. Ruangan komen pada hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan kata-kata sokongan kepada Mizz Nina. 

Warganet juga sempat luahkan rasa gembira serta kagum dengan Mizz Nina yang bersemangat hadapi pelbagai cabaran selepas 11 tahun mencuba dapatkan zuriat. 

mizz nina kongsikan berita gembira melalui Instagram

Kredit : Instagram Mizz Nina

 

Seperti yang pernah dilakukan oleh penyanyi, Fynn Jamal sebelum ini, bayi tersebut juga difahamkan telah disusukan melalui induced lactation dan kini telah menjadi mahram kepada Mizz Nina.

Bagaimana Untuk Memahramkan Bayi ?

Menurut hukum, bayi haruslah berusia kurang dua tahun dan susu digunakan adalah susu ibu berkenaan. 

Untuk melengkap­kan syarat anak susuan, ibu perlu menyusukan bayi berkenaan sekurang-kurangnya lima kali kenyang.

Pemberian susu boleh dibuat sama ada secara terus, menggunakan botol ataupun cawan.

Kisah Mizz Nina yang berjaya memahramkan anak angkatnya menjadi inspirasi kepada ramai pasangan yang lama menantikan zuriat selepas mendirikan rumah tangga.

Perjalanan menyusukan bayi angkat Mizznina yang penuh inspirasi ini dikongsikan oleh Kaunselor Laktasinya sendiri menerusi laman Facebook

Kaunselor Laktasi Mizznina, Nurdiana Mohd Rasid cukup kagum dengan kecekalan wanita ini dalam menyusukan anaknya meskipun sangat sibuk dengan tugasan harian. 

Menurut Nurdiana, Mizz Nina yang kini bergelar ibu dilihat cukup cekal dan tekad untuk menyusukan demi menjadikan anak angkatnya itu sebagai mahram. 

Nurdiana pada mulanya ditemukan dengan Mizz Nina melalui pengasas Sentuh.my, pengasas perkhidmatan berpantang dan sokongan menyusu kepada ibu baru bersalin.

Nurdiana akui pengurusan serta kaunseling laktasi kepada Mizz Nina penuh dengan cabaran :

Nervous tu jangan cakap sebab knowing her yang mmg super positive buatkan Kakdy mcm “boleh ke ni? Boleh ke?”Discussion kami sekejap-sekejap tapi keep on going.Daripada checkup. On meds. And pumping. Masa mula-mula banyak juga cabaran sebab Kak Nina super busy orgnya. Dalam kepala Kakdy “boleh ke ni?”..again and again and again.

Cuak tu lebih.Tiap kali nampak WA Kak Nina masuk je mesti dah cuak…ha kenapa pulak kalini? But yet alhamdulillah everything ok. Berjalan lancar.

Meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran, Mizz Nina dilihat sangat tenang dan tetap luangkan masa untuk susukan anaknya.

mizz nina serta suaminya, noh

Induce Lactation Yang Dilakukan Mizz Nina Bukan Perkara Mudah

Nurdiana juga akui penyusuan melalui kaedah induced lactation bukanlah mudah, namun Mizz Nina berjaya hadapinya dengan baik :

Induce lactation bukan mudah tau. Dia punya busy tu mmg memula buat Kakdy rasa RISAU ya amat!

Finally dapat baby tudia susu dah banyak! Syukur masyaallah.

Apa yang boleh Kakdy share sikit je. Kak Nina ni masyaallah lembut betul orangnya. Lembut sangat-sangat! Penuh dengan ucapan yang indah islamic je tau.

Dari kita kalut jadi tenang haha. Tapi Kakdy tetap juga kena jaga disiplin dia dalam menjayakan Induce Lactation ni. Sorry Kak Nina if i garang 🤭

Btw Tahniah again Kak Nina and husband. Alhamdulillah dah 3 bulan masih bersusu lagi.

Trust me dia dah macam Perdana Menteri punya busy 😝 tapi berjaya mahramkan baby Musa! Dia power!

Jadi for those yang tertanya-tanya comment kt socmed “betul ke dia dah mahram kan anak angkat dia tu? Betul ke ada susu” 🤦🏻‍♀️

Ya Kakdy yang guide Kak Nina. And baby Musa is her Mahram.

Jangan ingat orang yang tak pernah mengandung dan melahirkan tak boleh hasilkan susu. BOLEH.

Cantik secantiknya ciptaan Allah swt.

Sama ada kita nak bersyukur dengan nikmat Dia bagi atau sebaliknya.

Sesuatu tak datang dengan mudah. Sebaliknya kita perlu usaha.

Menyusu dengan ilmu. Insyaallah.

Tahniah again Kak Nina, husband and baby Musa!

Nothing is impossible.

Kisah Mizz Nina menjadi bukti bahawa wanita yang tidak pernah lahirkan anak juga boleh menyusukan anak. Namun, ia perlukan kecekalan yang tinggi dan pastinya memberi cabaran kepada ibu yang baru menimang cahaya mata. 

Apapun, tahniah diucapkan kepada Noh dan Mizz Nina atas kehadiran Musa yang kini berusia 3 bulan. 

Sumber : Facebook Owh Dydiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat