Kenapa Idris Jala Dilantik Untuk Selesaikan Masalah FGV?


Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan mengapa bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai pihak ketiga bagi menyelesaikan isu Felda Global Venture (FGV).

Menurut Beliau, lebih elok sekiranya kemelut dalaman syarikat itu disiasat oleh pihak ketiga yang lebih adil.

“Lebih baik juru audit atau akauntan yang bertauliah dilantik supaya siasatan yang lebih bebas dan telus dapat dilakukan.

“Kita semua tahu siapa Idris Jala, oleh itu, isu sebegini sepatutnya pihak yang dilantik tidak berkepentingan sama ada dengan FGV atau lain-lain,”katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Galeri Bersatu, hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hadir ke Menara Felda selepas beliau dilantik menjadi orang tengah bagi menyelesai kemelut yang melanda FGV.

Idris dilihat hadir ke Menara Felda sekitar jam 2.34 petang dengan diiringi lima pegawai polis.

Selepas satu jam berada diatas, Idris kemudiannya turun untuk meninggalkan Menara Felda sekitar jam 3.34 petang.

Ketika ditanya oleh wartawan Idris enggan mengulas lanjut

“Saya sedang mencuba mengumpul fakta.

“Ketika ini, saya tidak mahu keluarkan sebarang kenyataan sebab nanti akan jadi prejudis,” katanya kepada pemberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat